Contoh Laluan Terbaik Untuk Ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan/ Pergigian/ Farmasi Bagi Lepasan SPM

Contoh Laluan Terbaik Bagi Lepasan SPM Untuk Ke Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Alhamdulillah kepada calon-calon SPM 2017 yang telah pun dapat keputusan masing-masing. Kepada yang berjaya dengan cemerlang teruskan kegemilangan anda. Bagi yang kurang bernasib baik, teruskan usaha hingga tercapai sasaran anda. Tiada orang yang gagal setelah dia mencuba sedaya upaya. Belum rezeki mereka namanya tu..

Setelah dapat result, boleh lah pilih nak ke mana samada melanjutkan pelajaran ke luar negara atau cukup di dalam negara saja. Kat dalam negara kita pun universiti dah setaraf dengan universiti di luar negara.

Contoh Laluan Terbaik Untuk Ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan/ Pergigian/ Farmasi Bagi Lepasan SPM


Bagi para pelajar lepasan SPM, anda boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi, atau ke program Asasi yang disediakan oleh universiti masing-masing.

Contoh Laluan Terbaik Untuk Ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan/ Pergigian/ Farmasi Bagi Lepasan SPM

Cuba lihat gambarajah di atas yang menunjukkan contoh laluan terbaik bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah sarjana muda perubatan.

Cara 1:

Lepas SPM >>>>> mohon ke Kolej Matrikulasi/ Asasi UM @ UiTM/ Masuk Tingkatan 6 (STPM) >>>>> masuk program Ijazah Sarjana Muda Perubatan/ Pergigian/ Farmasi di Mana-Mana Universiti 

Cara 2:

Lepas SPM >>>>> mohon ke program Asasi & TAMHIDI Sains Perubatan IPTA @ IPTS lain >>>>> masuk program Ijazah Sarjana Muda Perubatan/ Pergigian/ Farmasi di Universiti yang sama


 Syarat Kelayakan Minima ke Ijazah Perubatan (Majlis Perubatan Malaysia) :


Memperolehi Gred B di peringkat SPM di dalam 5 mata pelajaran berikut:

- BIOLOGI
- MATEMATIK/ MATEMATIK TAMBAHAN
- KIMIA
- FIZIK 
- 1 Mata Pelajaran Lain, seperti BI, BM, Matematik, dan lain-lain


Sumber:
http://www.mmc.gov.my

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.