Bagaimana Azam Diet 2018? Cara Nak Konsisten Dalam Diet Sihat Anda

Azam Diet 2018 Bagaimana? Adakah Anda Masih Istiqamah? Ramai yang nak diet dan kurus demi nak sihat dalam tahun 2018. Berkepuk-kepuk azam di susun untuk tampil cergas dan sihat. Tetapi.. adakah azam anda masih bertahan? Atau telah berterbangan dilarikan oleh bulan Mac yang agak panas ni.. haha..

Cepatnya masa berlalu.. tahun 2018 pun dah masuk ke bulan yang ke tiga. Tinggal 9 bulan saja untuk diharungi sepanjang tahun ni. Ramai yang menanam azam tahun 2018 untuk diet sihat. Saya berharap anda semua istiqamah iaitu buat juga diet secara berterusan walau perlahan-lahan. Saya pun ada guide anak bujang kecil saya untuk terus mengamalkan diet sihat secara konsisten. Saya paksa dia minum teh hijau dengan lemon. Tengok macam okay je.. hari-hari minum sebagai ganti air masak.

Bagaimana Azam Diet 2018? Cara Nak Konsisten Dalam Diet Sihat Anda

Azam Diet 2018 Bagaimana? Cara Konsisten Dalam Diet Anda 


Jika azam tersebut sesuatu yang baik, maka teruskanlah. Terus istiqamah dengan azam anda tu.. jadikan rakan-rakan yang telah berjaya dalam program diet mereka sebagai idola anda untuk diet demi kesihatan diri anda juga.

Anda boleh juga join mana-mana group diet yang bersepah dalam muka facebook tu.. tapi pilih group diet yang sesuai dengan azam anda la yea.. dalam group diet anda akan diberikan panduan dan tunjuk ajar cara nak buat diet dengan betul.

Lagi satu, jika nak istiqamah dan bersabar dengan diet anda.. ubahlah kebiasaan anda terhadap menu pemakanan dan jumlah makanan yang diambil. Contohnya jika anda suka makanan bergula dan manis, maka stoplah mengambilnya. Makanan atau minuman bergula haruslah dihindarkan. Mungkin boleh ambil sedikit dalam seminggu sekali. Begitu juga makanan yang berminyak. Tolong elakkan mengambil makanan yang berminyak ketika dalam proses diet.

Itu baru namanya istiqamah. Anda abaikan rakan-rakan yang menghasut, bercampurlah dengan kawan-kawan yang mempunyai azam yang sama dengan anda. Ini semua boleh membantu mencapai azam anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Tahukah anda jika nak konsisten dalam azam diet anda.. anda kena berdiet secara berkumpulan. Maknanya.. buat program diet ramai-ramai dengan rakan sepejabat atau adik beradik. Dengan cara ni anda akan lebih bersemangat kerana mendapat sokongan dan dorongan daripada kelompok orang yang mempunyai misi yang sama macam anda. So apalagi? Baik mulakannya sekarang!!


1 comment:

  1. wah tips yang baik.....

    singgah sini dan follow!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.