Resepi Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

Resepi pajeri terung sedap dan mudah. Ada orang sebut pajeri dan ada pula yang sebut paceri. Dua-dua pun sama je, iaitu sejenis masakan sambal berkuah yang punya rasa yang unik sikit dan rasa manis di hujungnya. Dalam masakan pajeri ni, ada letak kerisik dan rempah ratus 3 serangkai seperti kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Tak kisah anda nak masak apa berasaskan bahan-bahan untuk pajeri, samada nenas, terung dan mangga dan sebagainya. Boleh je.. hasilnya nanti ada rasa masam manis dan kerisik. Hihi..

Nak tahu cara buat pajeri terung? Meh baca dan salin resepinya di bawah. Ikut pengalaman saya, pajeri mangga paling sedap. Hmm.. ada masam manisnya tu.. yang jarang-jarang orang buat.

Resepi Pajeri Terung Sedap Dan Mudah 


Resepi Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan:

3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
7 cili kering – dikisar
rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
3 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar udang kering – ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam, Gula serta Gula Melaka

Cara Membuat Pajeri Terung Mudah Dan Sedap


1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.

4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

Siap sudah hidangan pajeri terung kita. Dahlah sedap, mudah dan kosnya pun murah kekawan.. Kalau nak cuba bolehlah ikuti langkah-langkah resepi di atas.

Selamat mencuba ya!

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.