Resepi Ikan Sembilang Goreng Berlada

Resepi Ikan Sembilang Goreng Berlada. Ikan sembilang adalah sejenis ikan air laut dan tak semua orang yang makan ikan ini kerana badannya yang licin. Bagi saya tak kisah, yang penting ia dimasak dengan resepi yang betul dan sedap. Ikan sembilang sama bentuk dengan ikan keli.

Tak kenal ikan sembilang? Meh saya kongsikan sikit info tentang ikan sembilang. Ikan sembilang banyak khasiatnya. Salah satunya adalah ia kaya dengan Protein, Fosfor dan Asam Lemak Omega 3.

Perbezaan di antara kedua-dua jenis makanan ini ialah:

- Ikan sembilang hidup di laut tapi ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah.
- Ikan sembilang saiznya lebih besar dari ikan keli.
- Warna ikan keli lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang.
- Ikan sembilang ada macam sirip atau duri kat belakang dia tapi ikan keli tak ada ni.

Ada apa-apa lagi yang anda tahu tentang perbezaan ikan keli dan ikan sembilang ni? Betul ke ada orang kata ikan keli ni ada yang diternak dengan cara yang tak sesuai untuk dijadikan makanan?

Selain itu, ikan sembilang dipercayai mampu mengawal tekanan darah tinggi dan bagus untuk proses pencernaan.

Resepi Ikan Sembilang Goreng Berlada

Ada juga yang kata ikan air tawar banyak didapati di kawasan yang agak kotor dan parit-parit di sawah. Macam-macam pendapat.. lagipun badan ikan sembilang dan ikan keli agak licin sama macam belut. Orang kalau tak makan ada saja alasannya.. haha

Resepi Ikan Sembilang Goreng Berlada


Bahan-bahan:

3 ~ 4 ekor ikan sembilang - di potong dan goreng garing
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara masak ikan sembilang goreng berlada yang sedap dan tak hanyir


1) Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.

2) Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan semua bahan kisar seperti bawang putih, serai dan halia, bawang merah, cili merah. Bila dah berbau harum (garing), masukkan garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.

3) Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.

4) Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba resepi ikan sembilang goreng berlada. Ikan sembilang salai pun sedap dimasak lemak cili api. Dan, saya paling suka jika ikan sembilang dimsak asam pedas, kuahnya biar cair sikit. Hmm.. dah terliur ni, mungkin boleh cari asam pedas ikan sembilang untuk makan tengahari.

2 comments:

  1. huihhhh...lamanya tak masak ikan sambal macam ni..selalu sambal cili kering je

    ReplyDelete
  2. fulamak sedapnya.. mmg fav mama ni. tadi baru makan

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.