Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/02/03

Resepi Buat Pisang Goreng Rangup Hanya Dengan 3 Langkah

Resepi Buat Pisang Goreng Rangup Hanya Dengan 3 Langkah. Pisang goreng adalah makanan sampingan popular di Malaysia yang boleh dimakan setiap masa, tidak terhad kepada waktu tertentu sahaja, nak makan ketika sarapan, minum petang dan sebagainya.. semua boleh. Kat mana-mana pasti ada je orang yang berniaga pisang goreng. Permintaan hot orang kata..

Pisang yang sedap di goreng adalah pisang nipah, pisang tanduk, pisang raja dan pisang nangka. Itu yang biasa.. pisang lain boleh jugak tapi saya tak cuba lagi.

Resepi Buat Pisang Goreng Rangup Hanya Dengan 3 Langkah
Pisang goreng rangup , gambar hiasan
Ada orang kata kalau nak pisang goreng rangup, boleh cuba letak telur. Ada yang letak minyak masak panas. Ada juga yang gunakan beras pulut sebagai pengganti tepung beras. Itu petua orang -orang tua. Semuanya pasti telah biasa diamalkan, sebab itu ada banyak cara yang boleh digunakan untuk buat pisang goreng rangup walau dah sejuk.

Resepi Buat Pisang Goreng Rangup Hanya Dengan 3 Langkah


Jom tengok langkah demi langkah buat pisang goreng rangup walau bila dah sejuk.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar kapur masakan
1 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit garam
Air secukupnya

Ada banyak cara dan petua yang boleh digunakan tetapi saya telah gunakan cara-cara tersebut, yang berhasil adalah dengan menggunakan kapur masakan, tepung beras dan tepung gandum. Memang gerenti rangup walau dah sejuk.

Langkah 1:

1 cawan tepung gandum, 2 cawan tepung beras, 1 sudu besar kapur masakan, 1 biji telur, pewarna kuning dan sedikit garam digaul rata. Biar serasi.

Langkah 2:

Masukkan air ke dalam campuran bahan tersebut dan bancuh hingga cair, macam nak buat lempeng.



Langkah 3:

Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.

Pisang goreng rangup siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Cara dan langkah demi langkah buat pisang goreng rangup di atas amatlah mudah dan semua orang boleh buat. Ingat ya, goreng pisang goreng dalam minyak yang penuh. Biar terendam. Nanti hasilnya amatlah cantik, kulit pisang goreng licin, rangup dan tahan lama walau dah sejuk. Masih rangup lagi..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.