Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/02/28

Kenapa Rambut Selalu Gugur Dan Cara Merawatnya Yang Mudah

Kenapa Rambut Selalu Gugur Dan Cara Merawatnya Yang Mudah. Rambut adalah mahkota wanita. Rambut yang cantik pasti meningkatkan keyakinan diri dan yang penting kesihatan diri terpelihara. Rambut yang cantik juga menjadikan kita sentiasa nampak tenang, tak lah serabai kusut masai. Hihi.. namun tak semua orang berpeluang mendapatkan penampilan rambut yang sempurna. Kadang-kadang rambut berselirat, bercabang di hujung, rambut tak sihat dan selalu mengalami masalah rambut gugur.

Bagi anda yang mengalami rambut gugugr, apakah puncanya? Adakah silap guna syampu rambut atau kerjaya kita di bawah terik matahari yang menyebabkan rambut gugur?

Baiklah. Saya ada terbaca dalam sebuah majalah mengenai punca rambut gugur.

Kenapa Rambut Selalu Gugur?


Rambut gugur boleh di sebabkan perkara-perkara berikut:

1. Paras vitamin A terlalu tinggi
2. Melakukan pembedahan, sebab sakit
3. Silap mengambil supplement
4. Kekurangan zat besi pada tubuh
5. Tahap estrogan rendah
6. Melahirkan anak
7. Stress atau tekanan emosi

Cara Merawat Rambut Gugur Yang Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Kenapa Rambut Selalu Gugur Dan Cara Merawatnya Yang Mudah
So, bagaimana cara merawat rambut yang gugur setiap hari. Bila sikat je, mesti ada rambut yang gugur. Apa yang patut anda lakukan bila menghadapi masalah rambut gugur yang kerap?


Jangan Basuh Rambut Dengan Kerap


Basuh rambut selang 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Sikat rambut Dengan Lembut

Kalau dah tau rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Kalau nak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat. Lakukan perlahan-lahan.

Cara menyikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.

Guna Sikat Bergigi Jarang


Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. 


Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu


Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.


Tocang Rambut Sebelum Tidur


Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. 

Minum Banyak Air Putih 


Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! 

Makan Makanan Tinggi Protein


Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut


Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.

Berhenti Warnakan Rambut


Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

Pakai Minyak Kuatkan Rambut


Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.


Jangan Ikat Terlalu Ketat


Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

Semoga perkongsian tentang cara-cara merawat rambut gugur dan ketahui juga sebab rambut selalu gugur di atas, dapat memberikan anda info dan mengatasi masalah yang sering dihadapi dengan rambut anda. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.