Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/02/20

Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu

Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu. Saya terbaca artikel dalam sebuah majalah tentang kandungan kalori dalam minuman. Selama ini saya fikir kalori hanya ada dalam makanan, tetapi sebenarnya air pun mengandungi kalori juga kecuali air kosong atau air masak. Lain-lain air seperti air gas, sirap atau teh tarik.. semua ada kandungan kalorinya. 

Tahukah anda satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Ha! Seram baca kan.. itu baru air gas.

Selain air gas, teh tarik juga merbahaya untuk kesihatan jika diambil secara berlebihan. Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor, teh tarik diperbuat daripada bancuhan serbuk teh bersama susu.

Lazimnya menurut beliau, susu yang kerap digunakan adalah susu pekat manis yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini kerana katanya, semasa pemprosesan, lebih kurang 40 hingga 45 peratus gula tebu ditambah bagi menghasilkan rasa manis pada susu.

''Selain kandungan gula yang tinggi, susu pekat manis juga mengandungi lemak yang tinggi jika dibandingkan dengan susu sejat atau susu skim.

''Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilo kalori tenaga, protein dan lemak,'' jelasnya.

Beliau menambah, jumlah kalori ini adalah tinggi berbanding dengan susu sejat atau susu skim (tanpa lemak).

Jelasnya, serbuk teh itu sendiri kurang memainkan peranan dari segi sumbangan kalorinya. Jumlah kalori banyak dibekalkan oleh kandungan gula dan lemak yang terdapat dalam susu pekat manis bukannya teh tersebut.


Nilai kalori dalam teh tarik ini hampir menyamai nilai yang terdapat dalam satu tin minuman berkarbonat.

''Oleh yang demikian, teh tarik adalah minuman yang dikategorikan sebagai minuman yang mengandungi gula tersembunyi dan pengambilannnya secara berlebihan merupakan tabiat yang kurang sihat.

Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu 


Jom baca penerangan tentang kandungan kalori dalam segelas minuman (sumber FB UPM) seperti air kosong, teh tarik, sirap dan air gas seperti di bawah. Walau ia setakat air, ia tetap mengandungi kalori yang perlu dibakar bila telah mengambilnya dengan kapasiti yang banyak.

Segelas air gas atau bikarbonat kapasiti 250 ml mengandungi 130 kalori. Untuk membakar kalori tersebut anda perlu melakukan aktiviti berikut:

Berjalan kaki = 35 minit
Jogging = 15 minit
Mengayuh basikal = 20 minit
Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu
Segelas air sirap 250ml pula mengandungi 40 kalori. Nampak macam tak banyak kandungan kalorinya tetapi cara nak bakar kalorinya pun kena aktiviti yang sesuai, iaitu..

Berjalan kaki = 10 minit
Jogging = 5 minit
Mengayuh basikal = 6 minit
Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu
Segelas air teh tarik kapasiti 250 ml, mengandungi 140 kalori. Cara nak hilangkan atau bakar kalori adalah dengan cara:

Berjalan kaki = 40 minit
Jogging = 16 minit
Mengayuh basikal = 21 minit
 Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu
Dalam banyak-banyak air, yang paling terbaik tentulah air kosong. Air kosong mengandungi "0" kalori. Tiada kalori ya dear..

Minum air kosong dengan banyak dan dengan teratur merupakan salah satu cara diet sihat yang paling mudah.
Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu
Semoga perkongsian maklumat di atas dapat menambahkan pengetahuan kita dalam menjaga kesihatan dengan mengambil makanan dan minuman yang bersesuaian dengan keperluan tubuh.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.