Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/02/08

Hidup Miskin? Perbanyakkanlah Sedekah Jariah

Hidup Miskin? Perbanyakkanlah Sedekah Jariah. Ada orang yang bersedekah hanya ketika mereka sudah kaya. Mereka fikir sebab ada duit lebih jadi mereka baru bersedekah. Tetapi tahukah anda, kita amat digalakkan bersedekah jika kita takut miskin. Jika duit tinggal RM10 contohnya, kita takut sangat duit habis dan tak ada wang lepas itu. Maka bersedekahlah. Allah tak akan sempitkan jalan rezeki anda. Bersedekah dengan yakin kerana Allah. Bersedekah sebab takut miskin, itulah sebaik-baik waktu untuk memberi sedekah.

Bagi orang islam yang sakit tubuh badan, dalam kata lainnya rasa tak tenteram, selalu risau, wajah gelisah tak bercahaya.. carilah penawarnya dengan menambah amalan baik dalam kehidupan hariannya.

Cara Mencari Penawar Penyakit Dalam Islam


✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.
✿ Wajah gelap = solat Tahajjud.
✿  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.
✿ Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.
✿ Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.
✿ Gelisah = perbanyakan berdoa.
✿ Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".
✿ Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.
✿ Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

Hidup Miskin? Perbanyakkanlah Sedekah

Ingatlah.. sedekah tidak akan mengurangi harta. [H.R Muslim]

Hidup Miskin? Perbanyakkanlah Sedekah Jariah


Tadi saya dah tulis dan share tentang penawar kemiskinan dalam masyarakat islam kita. Kalau hidup dibelenggu kemiskinan atau takut jatuh miskin, maka sedekahlah penyelesaiannya. 

Kemudian, dalam kita meniti usia.. dalam kita menuju alam yang kekal, adakah kita semak diri kita, adakah kita antara hambaNya yang terpilih?

Adakah nama kita tercatat (terukir) dalam pendaftran milik Allah? 

Kisah seorang persara yang bermusykil dengan seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

 - Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang-orang yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada.

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT DI ATAS.

In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

Akhir kata.. jika takut jatuh miskin maka bersedekahlah. Bersedekah tidak akan mengurangj hartamu. Itu memang Allah dah kata dalam al Quran. Satu yang kita beri dengan ikhlas kerana Allah, Allah offer lagi bagi gandakan rezekimu. Kita beri satu, Allah tambah balik harta kita berlipat ganda. Subhanallah. Maka.. bersedekahlah jika hidupmu dalam kemiskinan.

Dan, jangan lupa untuk menjadikan nama kita tertulis dalam daftar milik Allah. Jangan lupa beramal jariah dan dalam masa yang sama berusaha untuk letakkan nama kita paling atas dalam senarai nama makhluknya yang dikasihi. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.