Doa Untuk Anak Solat Tanpa Dipaksa

Cara Nak Buat Anak Solat Tanpa Dipaksa. Anak-anak umpama kain putih, kita ibu bapa dan penjaga mereka yang mencorakkannya. Jika betul cara didikan dan asuhan, maka insyaa Allah anak kecil itu dah boleh solat dan melakukan amalan lainnya dengan rela, tanpa di suruh-suruh.

Namun begitu, kita kena juga mendidik mereka dengan sabar, ikhlas, amanah dan lain-lain sikap yang sepatutnya ada pada sebuah keluarga yang sakinah.     

Doa Untuk Anak Solat Tanpa Dipaksa

Jom amalkan doa daripada Surah Ibrahim, ayat 40 memohon agar Allah menjadikan kita dan keturunan kita golongan yang tetap melaksanakan solat.

Doa Untuk Anak Solat Tanpa Dipaksa


Untuk ibu bapa yang mahukan anak-anak anda mudah bersolat tanpa dipaksa.. dapat solat dengan rela. Istiqamah.. cuba amalkan doa-doa di bawah;

Doa dari surah Ibrahim ayat 40,

“رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ”

(Rabbij’alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du’a e)

“Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan
solat. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim: 40)

Cara amalan:

1. Selalu amalkan dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam sujud, waktu sebelum salam

2. Ketika solat witir

3. Di setiap waktu yang mustajab doa

Semoga doa untuk anak solat tanpa dipaksa di atas dapat membantu ibu bapa yang menghadapi masalah dengan anak-anak kecil mereka. Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, maka sebarkanlah..

Berdoalah dengan lapang dada dan mengharap Allah memperkenankan doa-doa kita.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.