Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/02/09

Contoh Dan Cara Berdoa Yang Disebut The Power of Doa

Contoh Dan Cara Berdoa Yang Paling Afdhal. Kita selalu berdoa dan memohon sesuatu daripada Allah, tetapi doa-doa kita belum dimakbulkan. Cuba check balik, adakah cara doa dan harapan yang kita mohon itu adalah cara yang betul? Adakah kita berdoa dengan adab-adab yang sesuai dan pada waktu yang mustajab doa?

Jangan sombong untuk berdoa.

Orang yang paling sombong adalah orang yang tidak mahu berdoa.
Semua benda dalam hidup ini akan pergi dan tak kembali kecuali DOA. Ia pergi membawa harapan dan kembali dengan kurnia. Doa kebaikan akan kembali dengan kebaikan lagi.
Carilah kuasa doa. Doa orang teraniaya, doa orang yang sedang musafir, doa orang yang sedang berpuasa.. insyaa Allah akan dimakbulkan Allah tanpa hijab. Dan, dalam berdoa.. berdoalah dengan kata dan impian yang besar.. agar wujudnya the power of doa itu sendiri. Allah tak pernah menolak doa-doa hambaNya. Ambillah peluang ini untuk merebut pemberian hadiah dari Allah.

Contoh Dan Cara Berdoa Yang Disebut The Power of Doa  

Contoh Dan Cara Berdoa Yang Disebut The Power of Doa

Perkongsian cara berdoa yang dianjurkan dan amat mujarab, insyaa Allah adalah seperti di bawah. Mulai sekarang tukarlah cara kita berdoa dan perkataan-perkataan yang kita tuturkan.

Moga sahabat dan pembaca blog yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya ..

Insyaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Insyaa Allah..

#FORMULA_1

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

#FORMULA_KE_2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

#FORMULA_KE_3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

#FORMULA_KE_4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

#FORMULA_KE_5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

#FORMULA_KE_6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat.

Kongsi dan sebarkan kepada rakan-rakan anda yang mungkin sedang mencari-cari harapan dalam doanya. Semoga kita semua beroleh manfaat daripada kuasa doa yang amat ditakuti oleh orang kafir. Kerana.. doalah senjata orang mukmin yang paling bernilai.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.