Cara Nak Move On Daripada Fobia Anda

Cara Nak Move On Dari Fobia Anda. Please move on dear! Sekarang dah zaman millenium. Jangan biarkan diri anda masih berada di takuk lama. Bulan pun silih berganti, inikan pula kita manusia yang punya akal, kemahuan dan cita-cita.. sudah semestinya anda kena move on lebih pantas daripada bulan yang silih berganti. Move on maksudnya teruskan langkah. Jangan berdiri statik di mana anda berada. Usah terpaku di situ melihat orang lain semakin jauh dan maju.

Move on mengikut takrifan kasar saya adalah berhijrah. Dari lama kepada baru.. persekitaran baru yang lebih positif. Menjadi bertambah ilmu dan pengalaman.

Cara Nak Move On Daripada Fobia Anda

Siapa kata anda tak boleh move on? Orang kata anda tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, anda mesti tak berani dan sebagainya. Siapa kata anda tak mampu nak move on.?? Mereka sebenarnya buta.. tak dapat melihat kemampuan sebenar kita kerana hanya diri kita sendiri yang boleh menolak kita untuk move on.


Cara Nak Move On Dari Fobia Anda 


Saya dahulu seorang yang amat fobia dengan memandu kereta. Hampir bertahun juga lesen memandu saya tidak digunakan. Saya hanya menjadi penumpang, bukannya pemandu. Hinggakan naik manja dan malas dibuatnya. Namun apabila sering menunggu untuk balik kerja.. menunggu driver datang ambil.. rasa membazir pula masa terbazir kerana menunggu.

Dari tahun ke tahun saya saya buat azam nak buang rasa phobia hendak memandu. Kerana dulu saya pernah accident, itu yang timbul phobia nak drive semula.

Cara saya nak move on dari tak berani jadi berani memandu adalah dengan membeli kereta sendiri walau belum ada keberanian nak drive. Mudah saja saya beli kereta, saya survey kereta kat internet, dah suka cari pula agen terdekat dan terus masuk loan. Saya tak pergi showroom dan sebagainya. Hanya check info dari internet. Bila loan lulus, kereta dah sampai rumah... saya tengok je. Hidup dan matikan engine kerja saya. Saya suruh hero kecil saya baca manual dan study tentang kereta tersebut. Haha..

Satu hari saya panggil anak sedara untuk ajar saya. Kereta automatik memang senang. Sekarang ni kereta model baru pakai tekan je.. amat mudah. Dua kali belajar, saya cuba bawa bersendirian.

Tak sangka saya mampu lakukannya!!

Dan kini saya dah dekat 2 bulan drive sendiri tanpa perlu menunggu encik suami ambil dan hantar pergi kerja.


Dari cerita basi saya di atas, saya buat kesimpulan bahawa jika kita nak move on dari fobia anda terhadap sesuatu perkara.. kita kena berani. Buang ketakutan anda jauh ke dalam sungai!😁😁

Seterusnya, kena ada alat yang boleh bantu kita nak move on. Tak boleh setakat tunggu dan lihat. Tak boleh menanti orang lain buatkan untuk kita. Kita sendiri yang kena wujudkan alat tersebut. Usahakan sampai jadi..

Nak move on juga kena ikut kata hati. Jangan dengar hasutan atau halangan dari orang lain. Bulatkan tekad dan pandang ke depan, lihat diri kita di masa depan. Bayangkan hasil move on kita itu, bayangkan kesan-kesan baik yang bakal kita perolehi dari sikap move on itu.

Selain itu, nak move on dari fobia anda kenalah buang terus memori yang pernah terjadi. Dah tak perlu diingat lagi. Bayangkan anda ambil botol, ambil memori anda masukkan dalam botol tersebut dan tanam dalam tanah. Anggap saja anda dah kuburkan memori tersebut. Boleh tak? Mesti boleh...

Anda pasti boleh melakukannya. Keep fighting for yourself.

Semoga move on anda itu berterusan. Jadilah berani kerana anda tak selamanya kena bergantung kepada orang lain. Hanya Allah tempat penggantungan yang hakiki.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.