Cara Mengatasi Masalah Ads.Txt Dalam Adsense Di Blogspot

Cara Mengatasi Masalah Ads.Txt Dalam Adsense Di Blogspot. Dua tiga hari ni blog saya tak keluar iklan Adsense. Dalam dashboard Google Adsense memang ada dapat warning untuk tambahkan certain kod dalam blog. Kalau anda rasa tak faham dan susah, maka hilanglah income anda daripada GA atau Google Adsense. Kosong tau income tu. Sebab iklan tak keluar dalam blog atau website.

Untuk bacaan yang lebih lanjut, anda boleh lawati blog ini, Regencipedia.com

Sedikit info yang saya faham, ads.txt adalah singkatan Authorized Digital Sellers. Yang lainnya anda boleh baca penerangan yang lebih jelas dari blog yang saya sertakan linknya di atas.

Cara Mengatasi Masalah Ads.Txt Dalam Adsense Di Blogspot 


Saya akan share cara mengatasi masalah ads.txt dalam blogspot sebab saya pun guna medium blogger.com dari awal pembabitan saya berblog sampailah sekarang.

1. Anda LOGIN ke dashboard blog anda.

2. Cari Setting >> Search Preferences >>  Monetization.. Edit dari disable kepada Enable. Rujuk gambar di bawah.

Cara Mengatasi Masalah Ads.Txt Dalam Adsense Di Blogspot


3. Akan keluar kotak kosong. Salin kod yang diberikan dalam email atau dashboard Adsense anda. Contohnya,
 google.com, pub-8792588857229064, DIRECT, f08c47fec0942fa0

4. Kemudian SAVE.

5. Selesai.

Beri pihak Google Adsense masa 24 jam untuk rectify blog dan iklan anda.

Macam pengalaman saya sendiri, saya dapat lihat iklan semula dalam blog lebih kurang 12 jam selepas saya salin kod yang diberikan.

Anda pun boleh buat macam saya. Sebenarnya mudah saja. Tak payah nak belit-belit. Saya sangka susah nak rectify, rupanya mudah jugak lah.. hihi..



1 comment:

  1. Alhamdulillah banyak ilmu PC dapat..ziarah sini..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.