Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/17

Resepi Rendang Daging Cara Tradisional Yang Sungguh Sedap

Resepi Rendang Daging Cara Tradisional Yang Sungguh Sedap. Tadi ketika scroll down di FB wall ada ternampak satu page masakan share cara masak rendang daging yang nampak mudah dan sedap. Mungkin perut dah lapar tu yang sedap sangat. Haha.. kalau gambar tu boleh dimakan, dah lama lesap rendang daging tersebut.

So, tengahari tadi saya pergi "tapau" nasi campur berlaukkan rendang daging dengan harumnya daun kunyit dia. Aduhaii.. memang nak kena share resepi kat sini supaya lain kali saya boleh buat untuk keluarga pulak.

Resepi Rendang Daging Cara Tradisional Yang Sungguh Sedap

Apa yang buat sesuatu masakan rendang ni sedap? Mesti ada bahan asasnya yang buat rendang tradisional jadi begitu disukai ramai. Jom kita semak bahan-bahan yang digunakan untuk buat rendang daging tradisional yang sedap hingga menjilat jari.. hihi

Resepi Rendang Daging Cara Tradisional Yang Sungguh Sedap

Resepi asal; Yatie Memories
Disiarkan semula: aynorablogs

Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang (dihiris kecil dan nipis)
1/2 cawan cili kisar
2 cawan santan (sedikit pekat)
2 sudu besar kerisik
1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit - hiris halus
1/2 cawan minyak masak utk menumis

Bahan Kisar Basah:

5 biji bawang merah
1 labu bwng besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 batang serai - di hiris halus dan kisar

Bahan Tumis:

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 batang serai - diketuk

Bahan Disangai dan Dikisar Kering:

3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak Rendang Daging Cara Tradisional 


1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan. (Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumis hingga naik bau.

3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.

4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.

5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.



6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.

7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je). Kalau tolong mak mertua buat rendang daging, saya yang tukang kacau.. supaya tak hangit..

8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar-benar empuk dan kuahnya pekat/kering.

9. Akhir sekali tabur daun kunyit dan kacau sebentar.

Rendang dah siap untuk dihidangkan. Sedap makan dengan nasi putih panas-panas..

Gambar rendang daging cara tradisional
Nota:

Cara potong atau hiris daging untuk masak rendang agar daging tidak liat bila telah masak. Ada petua tradisional dari nenek moyang kita yang boleh diamalkan. Salah satunya beli daging batang pinang, memang lembut daging tu..

Cara kedua boleh hiris daging nipis-nipis dan kecil supaya cepat lembut.

Dan boleh juga, hiris daging ikut urat dia, jangan melintang urat.. nanti daging liat. Begitulah nasihat dari orang-orang tua.

Selamat mencuba resepi rendang daging yang sungguh sedap di atas.


No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.