Resepi Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple

Resepi Kuih Dangai Yang Sedap. Pernah dengar kuih dangai? Kuih dangai adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di negeri Johor. Kuih dangai diperbuat daripada tepung pulut dengan kelapa parut. Itulah bahan asasnya bila saya tengok arwah nenek suami saya buat satu masa dulu. Beliau masak atau bakar atas loyang dan kemudian potong saiz empat segi bila nak makan.

Ada banyak cara nak buat kuih dangai atau orang sebut juga kuih rangin. Anda boleh buat dengan cara bakar dua kali atau sekali jalan. Nak letak pewarna di atasnya pun boleh. Terpulang.

Tapi, kuih dangai yang saya nak share di bawah ini adalah cara buat kuih dangai yang paling simple.
Resepi Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple
Gambar kredit Enny Abdullah

Resepi Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple


Bahan-bahan:

6 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
Sedikit garam

Cara Buat Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple


Resepi Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple

Ada 3 langkah je..

1. Campurkan semua bahan di atas. Gaul hingga sebati.

2. Masak dalam loyang atau acuan kuih kemboja ( kuih bakar). Tekan sikit biar mampat.

3. Bakar dalam oven 160 darjah celcius dalam tempoh 40 - 50 minit.

Bila dah siap, boleh potong dan makan panas-panas. Ya Allah.. sedapnya. Makan pula menghadap kopi pekat. Alahaii...

Resepi Kuih Dangai Yang Sedap Dan Paling Simple

Nak makan kuih dangai atau kuih rangin ni kena makan ramai-ramai. Baru best. Sebab kuih dangai adalah sejenis kuih tradisional yang dibuat dari tepung pulut. Ada liat sikit, so.. kunyah perlahan-lahan. Hihi..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.