Post Entri Paling Popular Aynorablogs Sepanjang Masa

Post Entri Paling Popular Aynorablogs Sepanjang Masa. Entri post yang paling banyak mendapat pageview tentu memberikan kelebihan kepada sesebuah blog. Ini kerana dengan adanya post entri yang paling popular, itu tandanya entri itu ditulis dengan ilmu SEO yang betul. Kadang-kadang bukan kerana dia pandai tulis dengan SEO, tetapi kerana minat menulis dengan ikhlas dan memberikan info sepenuhnya.. maka jadilah entri itu lebih komprehensif. Maksudnya.. ditulis dengan mendalam.

Kalau anda nak entri anda mendapat PV yang tinggi, maka tulislah sesuatu dengan ciri-ciri yang bersesuaian seperti konten yang komprehensif, unik dan merupakan pengalaman sebenar. Boleh juga ambil pengalaman orang lain tetapi minta izin daripada mereka.

Apakah kelebihannya jika post entri anda mendapat pageview yang banyak hingga mencapai berjuta PV? Banyak faedahnya.. antaranya anda boleh buat link antara blogpost anda yang lain. Ia dipanggil internal link. Internal Link iaitu link atau pautan yang mengarah pada tulisan lain di dalam blog yang sama. Internal Link sangat dianjurkan oleh para pakar SEO dan Google. Jenis link ini merupakan "navigasi" yang membantu mesin pencari dan pengunjung menjelajah konten blog anda. Contoh terbaik internal link adalah di website Wikipedia.

Post Entri Paling Popular Aynorablogs Sepanjang Masa


Inilah senarai post entri paling popular di aynorablogs.com.

Post Entri Paling Popular Aynorablogs Sepanjang Masa

Setakat artikel ini ditulis, Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat telah menerima 722,155 pageviews menjadikan post ini adalah post paling popular di aynorablogs. 

Seterusnya, Cara buat air detox sendiri untuk kurus dan sihat pula dikunjungi oleh lebih 513,018 setakat ini.

Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang berada di kedudukan ke tiga popular sepanjang masa iaitu sebanyak 494,183 PV.

Buat masa ini, tahun 2018, carta post entri paling dicari dari aynorablogs adalah Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang.

Terima kasih kepada anda semua yang masih menyokong blog kecil ini hingga boleh mencapai PV berjumlah melebihi 32 juta. Semoga saya akan terus diberikan kekuatan dan ilham untuk menulis untuk manfaat bersama.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.