Petua Tradisi Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan

Petua Tradisi Buang Angin Dalam Badan. Badan yang banyak angin memang kurang sihat. Selalu jaga kesihatan diri anda jika anda ada tanda-tanda badan banyak angin. Orang yang selalu naik angin pun salah satu tanda badannya banyak angin. Kalau badan banyak angin selalu rasa tak selesa dan sukar melakukan aktiviti dengan sempurna.

Ada sesetengah orang jika badan banyak angin, ia akan berasa loya dan bila muntah hanya angin yang keluar. Ataupun, lepas makan beberapa jam, muntah semula segala makanan yang di makan. Itu salah satu tanda biasa bagi orang yang banyak angin dalam badan.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Petua Tradisi Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan


Ada petua yang boleh diamalkan untuk buang angun dalam badan. Yang biasa saya gunakan adalah minum halia panas. Halia di parut atau tumbuk, kemudian campur dengan air panas. Letak gula atau madu sikit.. sedaapp.. 😁😁

Petua Tradisi Buang Angin Dalam Badan Paling Berkesan
Petua buang angin dengan halia dan lemon

Ada pula orang gunakan kaedah atau petua ini. Banyakkan minum air kosong. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih lama pun boleh buang angin dalam badan. Ada juga yang cuba elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah. Jika anda serasi dengan petua ni bolehlah cuba.

Selain itu, boleh juga gunakan bawang putih. Caranya, ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.

Antara petua tradisional lain yang boleh buang angin dari badan adalah;

1) Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.

2) Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur perlahan-lahan. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering. Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.

(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dengan zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)

3) Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali dengan minyak panas. 

Kalau anda tidak boleh makan sesuatu makanan yang berangin, baik elakkan daripada memudaratkan anda di kemudian hari.

Semoga bermanfaat.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.