Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/09

Petua Meluruskan Rambut Kerinting

Petua Meluruskan Rambut Kerinting. Rambut kerinting agak sukar untuk diuruskan terutamanya kepada anak-anak kecil. Kalau nak ikat rambut dia orang punyalah susah. Nak sikat pun susah. Sampai menangis dibuatnya. Tapi kadang-kadang rambut kerinting pun cantik untuk kanak-kanak. Cuma, gunakan syampu yang sesuai, insyaa Allah rambut kerinting anak anda boleh diuruskan.

Petua Meluruskan Rambut Kerinting
Gambar hiasan - limau nipis

Petua Meluruskan Rambut Kerinting 


Kalau tak suka rambut kerinting, ada petua tradisonal yang boleh digunakan untuk merawatnya. Nak mudah, buat rebonding. Tapi kos agak mahal. Dan, berjam-jam kena tunggu untuk ubat rambut tersebut sebati.

Kalau guna cara tradisional murah sangat. Dan mudah. 

Meluruskan Rambut Kerinting ada petuanya. Jom tengok caranya seperti di bawah.

Perahkan sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Namun, rambut kerinting anda akan kembali kepada asal bila anda berhenti merawatnya. Hihi.. petua ni boleh digunakan untuk tempoh tertentu. 

Tak apa lah.. anda dapat juga merasa berambut lurus, kan..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.