Pencapaian Terbaik Peribadi Sepanjang Tahun 2017

Pencapaian Terbaik Peribadi Sepanjang Tahun 2017. Ketika artikel ini ditulis, bulan Januari dah masuk hari ke enam. Dah seminggu pun. Baru sekarang saya nak mencoret sedikit pencapaian peribadi terbaik yang dapat saya lakukan pada tahun 2017. Pencapaian peribadi ni saya tuliskan demi memberi penghargaan kepada diri sendiri sepanjang tahun lalu.

Namun, ada yang kita rancang tak menjadi. Kerana siapalah kita.. kita hanya merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cintanya. DIAlah sebaik-baik perancang.

Pencapaian Terbaik Peribadi Sepanjang Tahun 2017

Dalam banyak-banyak pencapaian peribadi yang saya pelan dan target, satu yang belum kesampaian iaitu target nak turunkan berat badan ke angka 60kg. Iaitu berat yang ideal untuk saya. Tak mengapalah.. tahun 2018 kita target yang ni dulu! Yeayyy💖💖💖

Pencapaian Terbaik Peribadi Sepanjang Tahun 2017


Apakah pencapaian peribadi terbaik saya pada tahun 2017 yang lepas?

Baiklah.

Sebelum tu nak diingatkan tulisan ini sekadar mencoret kenangan untuk saya ceritakan pada anak-anak tentang kegigihan ibunya untuk meraih kejayaan. Bukan nak mendabik dada dan sebagainya...

Jom tengok..

1. Membuat simpanan peribadi sebanyak RM7,200 di mana sebelum ni saya pun tak istiqamah. Tahun 2017 saya berjaya melakukannya, walau ada 1001 komitmen yang memerlukan pengorbanan.

2. Dapat selesaikan hutang PTPTN saya. Cepat beberapa tahun. Alhamdulillah.

3. Berjaya beli kereta atas nama dan loan sendiri.

4. Berjaya bawa kereta setelah sebelum ini trauma sebab pernah accident lama dulu... yes!! Tak sangka saya jadi berani dah... semua ni sebab Allah izinkan..

5. Menyediakan pelan belajar untuk sikecil hingga berjaya mendaki tangga kelas dan masuk kelas yang terbaik. Sikecil dapat keputusan top ten dalam kelasnya.

6. Mengaji/ membaca al Quran bersama anak selepas Maghrib.. setiap hari kecuali ada keuzuran. Alhamdulillah. Berjaya lakukan walau susah pada mulanya.

Inilah antara pencapaian peribadi saya yang terbaik sepanjang tahun 2017 selain hal-hal lain yang amat saya hargai.

Terima kasih diriku kerana istiqamah. Kerana percaya kepada takdir yang Allah berikan. Kerana terus kuat walau diuji kanan dan kiri, depan dan belakang.

Dalam melakukan target dan harapan tahun baru.. jangan lupa sesekali toleh ke belakang. Sebenarnya banyak yang telah kita capai cuma kadang kala kita ego untuk move on hingga lupa menghargai barang yang lepas.

Yang lepas adalah kenangan dan pengajaran. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk jadi lebih baik dari dahulu. Kesilapan lepas jangan diulangi. Ambil yang baik sebagai panduan.

Terima kasih kerana memahami maksud tulisan saya ni. Bukan nak mendabik dada sebaliknya sebagai satu coretan kenangan seandainya saya dah terlupa satu hari nanti.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.