Koleksi Ucapan Inspirasi Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Dugaan

Koleksi Ucapan Penuh Inspirasi Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Dugaan. Setiap ucapan yang lahir dengan ikhlas adalah umpama sebuah doa. Doa adalah satu ungkapan yang suci. Dilahirkan dari lubuk hati yang paling dalam. Doa adalah harapan. Doa adalah pengharapan. Bila kita mengucapkan kata-kata yang baik, ia merupakan doa. Allah pasti mengabulkannya samada cepat atau lambat je..

Bila sedang dilanda musibah, bila diuji dengan kebahagiaan melimpah.. bersyukur dan bersabarlah. Segala nikmat dan ujian juga juga merupakan pemberian daripada Allah. Bersyukurlah setiap daripadanya. Kerana Allah tidak menguji setiap hambaNya melainkan kerana Dia sayang dan kasihkan kita.

Koleksi Ucapan Inspirasi Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Dugaan

Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 👉👉(Al-Baqarah: 214)

Koleksi Ucapan Inspirasi Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Dugaan


1. Hiduplah penuh sederhana. Tak siapa menduga takdir kita akan sebegini rupa. Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Terimalah ujian Allah dengan lapang dada.

2. Tak mengapa jika kita kehilangan orang yang kita sayangi hari ini. Dia mengambil apa yang kita sayang kerana nak menggantikan dengan yang lebih baik. Bertabahlah!

3. Kita merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cintaNya. Jadi, usah bersedih ketika ujian datang menyapa. Itu tanda kita antara hamba yang DIA cinta dan kasih. Bersyukurlah!

4. Dan sungguh akan Kami berikan ujian atau cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. – (Q.S Al-Baqarah: 155)

5. Allah menguji setiap orang dengan ujian yang berbeza-beza, kerana setiap orang memiliki tingkat kesabaran, toleransi dan keimanan yang berbeza.

Koleksi Ucapan Inspirasi Buat Anda Yang Sedang Menghadapi Dugaan

6. Ketika Allah menempatkanmu melalui sebuah ujian, berbahagialah dan bersyukurlah bahawa Allah telah memilih kamu untuk menjalani ujian tersebut. Itu adalah hukum alam, ketika seseorang menaruh emas ke dalam api, maka emas yang keluar menjadi lebih murni dari sebelumnya. Demikian juga, ketika Allah menempatkan seseorang melalui masa-masa sukar, mereka akan keluar dari ujian itu menjadi orang yang lebih baik dan lebih kuat. Insya Allah.

Baca juga:
  • Cara untuk redha dengan takdir 
  • Doa untuk bahagia  

7. Wanita yang ada kisah silam pun selalu diuji. Wanita yang ada kisah silam, tapi bertaubat dan berubah jadi lebih baik boleh jadi wanita solehah. Dan wanita yang permulaan baik, tutup aurat, tidak semestinya akan terjaga sampai akhirnya. Semua bermula dalam diri. Yang dipandang bukan kisah silam, atau kejahatan semalam. Tetapi siapa dia di masa sekarang. Yang ada kisah silam jangan dikeji, yang mulia di mata manusia, jangan selalu dipuji. Pengakhiran manusia di "mata" Allah tiada siapa tahu.


 

8. Bila Allah sayangkan hambaNya, dia akan selalu beri hadiah. Hadiah pula dalam pelbagai bentuk. Adakala dalam bentuk ujian. Adakala dalam bentuk nikmat kebahagiaan. Walau dalam keadaan dan bentuk apa pun hadiah yang Allah beri, terima dengan sabar dan syukur. Tentu ada hikmah di sebalik semua itu.

9. Ujian adalah tarbiah dari Allah. Semakin dekat bahtera kita kepadaNya, semakin hebat taufan melanda.

Semoga anda semua yang sedang membaca tulisan ini, berikanlah kata-kata perangsang dan inspirasi buat sahabat, rakan, keluarga dan orang tersayang yang sedang menghadapi dugaan. Mereka yang sedang di duga.. mengalami emosi yang kurang stabil. Jadi, diharap dengan kata-kata inspirasi yang diberi mereka dapat melalui tempoh sukar ini dengan tabah dan sabar.

Tidak ada hidup yang selamanya indah aman dan tenang. Sesekali lautan kehidupan akan bergelora dilambung badai. Itulah lumrahnya. Setelah biduk berlalu, kiambang pasti bertaut kembali.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.