Kelebihan Hari Jumaat : Hari Terbaik Terbit Matahari

Kelebihan Hari Jumaat : Hari Terbaik Terbit Matahari. Salan Jumaat sahabat tersayang. Hari Jumaat datang lagi, datangnya seminggu sekali. Samada kita laluinya macam biasa atau kita rebut peluang dalam penghulu hari tersebut.. terpulanglah kepada diri sendiri mencoraknya. Hari Jumaat adalah hari untuk kita, manusia yang bergelar muslim. Inilah harinya banyak amalan sunnah boleh dilakukan dengan ganjaran yang berlipat ganda. Tak nak ke?

Apa boleh buat pada hari Jumaat penghulu segala hari ni? Antaranya.. solat sunat dhuha pada pagi hari, baca surah al kahfi 10 awal dan 10 ayat terakhir daripadanya, jika tak mampu baca semua. Mmebersihkan diri, menghadiri majlis ilmu, baca yaasin, berdoa lebih kerap kerana hari Jumaat doa-doa dimakbulkan Allah, insyaa Allah.. dan banyak lagi. Ada rezeki lebih, bersedekahlah..

Kelebihan Hari Jumaat : Hari Terbaik Terbit Matahari 

Yaumul-Jumu'ah : Hari Terbaik Terbit Matahari 


Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah (maksudnya);

"Sebaik waktu terbitnya matahari adalah pada HARI JUMAAT. Padanya Nabi Adam dijadikan, padanya ia diturunkn ke bumi, padanya diterima taubatnya, padanya diwafatkan dan padanya jualah terjadinya as-Saa'ah ( hari kemusnahan dunia yang teramat dahsyat)."

{Hadits *SHAHIH* riwayat an-Nasaa'i no. 1429; Ibnu Hibban no. 2772.}

MENDIRIKAN SHALAT DHUHA SETELAH SUBUH BERJAMAAH*:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : *" مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ. "

Dari Anas bin Malik dia berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi waSallam bersabda: " Barang siapa yang Solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan Solat dua rakaat Dhuha, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala Haji dan Umrah." dia (Anas Radhiallahu'anh) berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi waSallam bersabda: " Sempurna, sempurna, sempurna. "

{Hadits *HASAN*, _Riwayat at-Turmudzi no: 535.}

Semoga bertambah berkat hari Jumaat kita semua, insyaa Allah. Jangan lupa sekali lagi diingatkan agar kita menambah amal jariah pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Sambil tu.. berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat dari nya pada hari akhirat nanti.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.