Header Ads

  • Breaking News

    Doa Yang Boleh Dibaca Bila Terjaga Tengah Malam

    Doa Yang Boleh Dibaca Bila Terjaga Tengah Malam. Sebenarnya saya pernah menulis tentang doa yang boleh dibaca bila terjaga di tengah malam. Tetapi, apa salahnya kita berkongsi dan menyampaikan sesuatu berulang kali untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga manfaat kepada rakan-rakan pembaca yang saya kasihi. Jadi nanti jika di tanya di akhirat nanti.. apa yang kau dah buat dengan penamu? Adakah engkau menyampaikan yang baik? Maka nanti saya berharap tulisan ini dapat membantu saya di alam sana. Alam yang abadi. Kehidupan sesudah mati. Insyaa Allah.

    Apa yang boleh anda lakukan bila terjaga di tengah malam? Banyak ya dik yang afdal kita lakukan bila terjaga. Pertama.. mengucapkan alhamduillah. Masih bernafas. Kedua.. ambil wuduk. Ketiga, solat sunat taubat dan solat tahajjud. Keempat, mengaji dan berzikir, beristighfar. Dan last sekali, berdoa memohon ampunan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun atas segala dosa-dosa kita yang lalu.

    Tetapi, jika itu semua kita tak mampu buat sebab keletihan.. cukuplah amalkan bacaan doa di bawah ini. Semoga mendapat manfaatnya ya..

    Doa Yang Boleh Dibaca Bila Terjaga Tengah Malam


    Bacalah doa di bawah ini bila anda terjaga di tengah malam tetapi anda tak larat untuk solat sunat atau mengaji.

    Doa Yang Boleh Dibaca Bila Terjaga Tengah Malam

    Maksudnya:

    Segala puji bagi Allah, Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagiNya. Miliknya lah segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah. Maha suci Allah. Tiada sembahan yang benar kecuali Allah. Allah Maha Besar. Serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.

    Sebab apa kita digalakkan untuk membaca doa tersebut apabila terjaga atau terbangun di tengah malam?

    Sebabnya.. Allah dah kejutkan kita. Allah sayang kita. Kita hambaNya yang terpilih. Bukan semua manusia Allah pilih untuk kejutkan di tengah malam untuk kita bertahajjud dan memohon ampunan dariNya. Jadi, jika tak buat solat malam, tak mengaji.. cukuplah sekadar melafazkan doa. Tanda kita bersyukur dengan nikmat menjadi hambaNya yang disayangi. Jika kita dah dapat peluang ni tapi tak buat apa-apa, sekadar bukak mata tengok handphone, tengok jam pukul berapa.. amatlah rugi!

    Takut nanti dua, tiga kali Allah bangunkan kita di sepertiga malam tetapi kita buat tak endah.. Malaikat dah tak nak kejutkan kita lagi. Allahu.. ruginya kan...?

    Lagi sekali, perkongsian ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri yang ada ketika pun tak bangun dan sambung tidur bila terjaga. Masa tu tak ada ilmu, kita tak tahu. Bila dah tahu tentang doa yang boleh dibaca bila terjaga tengah malam.. terus saya amalkan.

    Jom kita berubah menjadi lebih baik dari semalam..

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad