Cara Nak Buat Konten Yang Berkualiti Tinggi Mengikut Standard Google

Cara Nak Buat Konten Yang Berkualiti Tinggi Mengikut Standard Google. Anda seorang blogger? Susah ke nak buat konten atau menulis entri setiap hari? Dah lah tak ada idea.. nak pulak kena buat post yang berkualiti tinggi. Nak kena ikut standard Google lagi.. hihiğŸ˜ŽğŸ˜ŽğŸ˜Ž

Jangan frust dulu duhai sahabat blogger..

Jom layan tulisan saya di bawah ini tentang cara nak buat konten yang berkualiti tinggi mengikut standard Google.

Tulisan yang berkualiti tinggi amatlah penting untuk menjadikan blog anda outstanding di dalam carian Google. Lagipun, sekarang ni ukuran Google menilai sesebuah blog dan konten dah berubah.

Memang ada blog yang bernasib baik walau cuma letak gambar dan sebaris dua ayat telahpun di index oleh Google.. tetapi jumlah yang bernasib baik tu teramatlah kecil. Jadi fikirkanlah!!

Cara Nak Buat Konten Yang Berkualiti Tinggi Mengikut Standard Google


Kalau anda bekerja makan gaji dengan syarikat korporat.. anda bekerja untut auditor. Haha.. takut buat salah sebab takut auditor dapat tangkap kesilapan anda. Kena jawab berkajang-kajang tu yang masalah... hihi

Cara Nak Buat Konten Yang Berkualiti Tinggi Mengikut Standard Google

Begitu halnya dengan blogger. Kita bekerja untuk Google. Majikan kita adalah Google.. ya tak? Kalau bekerja ikut standard Google, dapat lah bayaran lebih banyak daripada Adsense. Haha..

Baiklah.

Bagaimanakah konten yang berkualiti tinggi mengikut standard Google?

Jadi, sebelum menulis entri.. fikirkan dulu apa kehendak Google? Hal ini penting kerana boleh jadi kita telah menganggap konten yang kita miliki berkualiti tinggi, padahal belum tentu berkualiti mengikut standard Google.

Konten yang berkuliti tinggi mengikut Google adalah konten yang bersifat spesifik, unik dan user experience (memiliki pengalaman pengguna yang baik).

Spesifik dan unik maksudnya Google lebih menyukai sesebuah blog memiliki konten yang menerangkan secara mendalam dan khusus pada suatu skop tertentu.

Contohnya, sebuah blog tentang travelling atau percutian, maka blogger tersebut mampu benar-benar 'menggali' hal-hal berkaitan percutian lengkap dengan nombor telefon, perkhidmatan di sediakan, anggaran kos sampailah tempat makan paling sedap di sesebuah tempat percutian tersebut. Maksudnya... penceritaan anda amatlah mendalam hingga tidak ada lagi pertanyaan demi pertanyaan yang timbul.

Inilah yang membuat blog tersebut bersifat spesifik dan unik, maksudnya konten yang ditulisnya 'tidak biasa-biasa'. So, blog dengan ciri konten seperti inilah sangat disukai oleh Google.

Selain unik dan spesifik, konten blog anda ada ciri-ciri berbentuk "User experience", ertinya memiliki pengalaman pengguna yang baik. Apa yang anda lalui sama dengan pengalaman pembaca anda. Tapi anda tambah dengan jalan penyelesaiannya.

Akhir kata, sebuah blog yang baik adalah blog ysng mempunyai konten yang unik, spesifik iaitu terperinci dan mampu nenyelami pengalaman pembacanya. Dengan hal yang demikian, pembaca blog akan stay lama dalam blog dan mencari info yang lainnya pula dalam blog anda. Hasilnya.. bounce rate blog akan mengecil dan semakin mengecil. 

Semoga bermanfaat..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.