Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/07

Cara Buat Apam Balik Sendiri Yang Mudah

Cara Buat Apam Balik Sendiri Yang Mudah. Apam balik memang jadi makanan kegemaran anak kecik saya bila pergi pasar malam. Sebab, kita tahu.. kat pasar malam pasti ada orang jual apam balik. Samada inti jagung dalam tin dengan kacang atau pun inti coklat, dua-dua pun sedap.

Oleh kerana dia suka makan, jadi saya pun cuba cari resepi yang simple cara nak buat apam balik. Dalam FB ada terbaca dari Mingguan Wanita, terus share kat blog supaya saya boleh rujuk jika diperlukan nanti. Apam balik buatan sendiri. Senang dan mudah, guna kuali non stick yang kat rumah tu..

Sebenarnya apam balik ni dah jadi macam kuih aoam yang legend dalam family kami. Dari zaman kecil, sampai saya duduk asrama ketika tingkatan enam dulu.. tetap cari apam balik. Bila outing je.. ramai rakan sebilik yang kirim apam balik samada yang lembut atau yang nipis rangup.. semua sedap.

Resepi Apam Balik Yang Sedap


Cara Buat Apam Balik Sendiri Yang Mudah

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum*
3 cawan air*
1/2 cawan minyak*
1/2 cawan gula*
4 biji telur*
Sedikit garam*
1 sudu teh yis mauripan*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
Kacang disangan
Jagung dalam tin

Cara Buat Apam Balik Sendiri Yang Mudah


1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam blender, semua blend

Cara Buat Apam Balik Sendiri Yang Mudah 
Bancuhan yang telah di blender

2. Simpan sekejap adunan dalam 1 jam... baru boleh start masak.

3. Kacang, gula, jagung dalam tin untuk inti dalam apam balik.

Cara Buat Apam Balik Sendiri Yang Mudah

Taburkan kacang tanah hancur, gula dan jagung hancur dalam tin. Kemudian lipat dua. Siap untuk dihidangkan.

Nota:

Sukatan cawan mungkin tak sama. Boleh lebihkan sikit tepung jika adunan terlebih cair. 

Selamat mencuba..

Sumber: mingguanwanita

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.