Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/07

Aynorablogs Siarkan 490 Entri Pada Tahun 2017

Aynorablogs Siarkan 490 Entri Pada Tahun 2017. Tahun 2017 dah pun berlabuh. Datang pula tahun baru. Tahun 2018. Semoga dalam tahun ini saya masih diberikan kesempatan mendapat ilham untuk menulis dan terus menulis. Jika tahun 2017 saya berjaya hasilkan entri sebanyak 490, saya harap tahun ni dapat buat dengan jumlah yang sama pun dah cukup bagus.

Saya akan cuba menulis blog sehari dengan satu entri. Itulah azam yang mampu saya titipkan. Selebihnya.. saya tak berani nak beri komitmen. Takut tak berjaya..

Menulis blog agak payah sebenanrnya.. kena ada pengisian yang bermanfaat. Tak boleh syok sendiri. Begitulah prinsip saya. Tapi lain orang lain caranya tau.. tak boleh disamakan.

Tujuan setiap orang menulis blog adalah berbeza-beza. Macam saya.. menulis blog sebab saya suka menulis. Saya suka blog nampak kemas dan cantik. Saya suka pembaca blog singgah dan baca artikel saya. Dari situ saya berharap, mereka akan dapat sesuatu yang bermanfaat untuk kehidupan mereka.

Aynorablogs Siarkan 490 Entri Pada Tahun 2017

Aynorablogs Siarkan 490 Entri Pada Tahun 2017

Dalam tahun 2017, saya berjaya menghasilkan entri sebanyak 490. Anggarannya saya menghasilkan 40 entri dalam sebulan. Cukuplah sebagai signal kepada Google bahawa saya seorang blogger yang aktif.

Nampaknya entri yang ada tak lah banyak mana berbanding blogger yang kerap menulis beberapa artikel sehari.

Ini disebabkan kekangan masa yang menghimpit saya. Namanya blogger part time, jadi saya kena dahulukan kerjaya hakiki saya. Jika ada masa terluang, saya akan tulis sikit demi sikit dan simpan entri tersebut dalam bentuk draf. Bila dah cukup bahan, barulah diterbitkan.

Bukan senang ya nak tulis blog.

Seorang blogger yang menulis dengan hati akan sentiasa memastikan konten blognya sesuai di terbitkan, bukan main hentam keromo. Mesti ada pengisian, menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sentiasa melakukan kerja rumah dalam mengupas sesuatu isu.

Sesudah itu, selitkan info berguna dan rujukan yang releven, jika perlu.

Akhirnya.. untuk artikel itu segar dalam carian Google, tulis dengan ciri-ciri SEO di dalamnya.

Penat tau tulis entri.. bukannya senang.

Baiklah. Selamat berjaya kepada semua!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.