Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/16

Ayat Al Quran Pagar Diri Dari Orang Jahat

Ayat Al Quran Pagar Diri Dari Orang Jahat. Kita tidak tahu samada orang itu jahat atau baik kerana semua itu tidak tertulis di dahi atau di tandai sebagai orang jahat. Namun, kita boleh berusaha untuk mengelak dari gangguan orang jahat atau yang berniat jahat dengan kita. Amalkan selalu membaca al Quran di rumah atau di mana-mana sebagai salah satu aktiviti masa lapang kita. Jadikan al Quran sebagai penyuluh hidup.

Dalam al Quran ada banyak penawar kepada pelbagai penyakit kecuali maut. Semasa kecil dulu saya di ajarkan oleh arwah ayah untuk mengamalkan sesuatu ayat jika menghadapi kesukaran. Contohnya, kalau pergi sekolah terjumpa anjing, di suruh baca.. "sum mum buk mun umyum fahum laa yar ji'uun", ayat al Quran jugak. Kalau nak selamat dari musuh, di pesan supaya baca ayat ke 9 dari surah Yasin. Ada saya jelaskan penerangannya di bawah.

Ayat Al Quran Pagar Diri Dari Orang Jahat


Ayat Al Quran Pagar Diri Dari Orang Jahat

Bacaan ayat pagar diri dari orang jahat dalam rumi;


Wa ja'alnaa mim baini aidiihim, saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fahum laa yubsiruun..

Maksudnya;

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula). Dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (Surah Yasin, ayat 9)

Ada juga yang pesan supaya ajarkan ayat pagar diri dari orang jahat ni, kepada anak isteri  yang ditinggalkan di rumah. Caranya sebelum keluar rumah baca ayat ni hembus ke dalam rumah.

Jika takut kereta, motor kena curi, pegang kereta atau motor, baca dan hembuskan pada kenderaan anda.

Fahamkan maknanya, yang paling penting hati yakin pada Allah dan pertolongan Allah.

Saya berharap perkongsian ringkas di atas dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Semoga kita semua dilindungi dari niat jahat manusia dan syaitan yang di rejam.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.