8 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di China dan Korea. Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih., sumber Wikipedia

8 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu
Gambar hiasan
Secara umumnya, bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke pelbagai pelusuk dunia.Menurut laman web World Healthiest Foods, bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun lalu. Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Bukan hanya di Mesir sahaja tetapi masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang putih mempunyai manfaat bagi kesihatan.

Jom kita baca pula khasiat bawang putih yang bagus untuk kesihatan jika diambil secara teratur dan sesuai dengan tubuh kita.

8 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu


Sudah terbukti bahawa bawang putih mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Salah satu bahan alami yang mampu untuk menghilangkan dan mencegah munculnya jerawat adalah bawang putih. Kandungan antioksidan yang dimiliki oleh bawang putih sangat membantu dalam mencegah munculnya jerawat, dan juga dapat dimanfaatkan sebagai anti-bakteria.

1. Merawat Dan Mengecutkan Jerawat 


Ada berbagai macam cara yang dapat anda lakukan untuk menggunakan bawang putih dalam merawat dan menghilangkan jerawat, antaranya dengan cara menghiris dan meletakkan bawang putih ke kawasan berjerawat.

Cara yang paling mudah dan simple untuk merawat jerawat ialah dengan cara menghiris bawang putih. Hirisan dari bawang putih ini yang berair dapat menghilangkan jerawat anda dengan semulajadi, meskipun perlu masa lebih lama sikit..

Cara-cara:

Hiris dan potong 2 – 3 ulas bawang putih
Ambil beberapa hirisan atau potongan
Tampalkan dan gosokkan hirisan bawang putih tersebut ke bahagian wajah yang mengalami jerawat atau radang.
Biarkan selama 5 – 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih
Lakukan proses ini secara rutin setiap hari, hingga jerawat hilang dan bersih.

2. Mengurangkan risiko stroke


Tahu tak bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.


3. Mengurangkan risiko kanser


Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang yang menghidap kanser.

4. Meningkatkan sistem imunisasi


Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 – 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor. Tapi anda perlu berjaga-jaga, jangan sampai sel darah putih banyak dalam badan tu pulak!

5. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh


Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih rasa agak panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.

6. Anti bakteria dan antivirus


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

7. Mengandungi banyak iodin


Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

8. Membantu sistem pencernaan


Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

8 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu
Sekadar gambar hiasan
Rugi pula rasanya jika ada antara pembaca blog ini yang tak makan bawang putih. Bila lihat senarai khasiat bawang putih yang di atas, ternyata ia menjadi penawar kepada tubuh badan kita. Walau ketika mentah (belum dimasak) bau bawang putih agak meloyakan tetapi bila telah dimasak rasanya lebih sedap.

Jadi, tambahkan bawang putih dalam masakan agar khasiatnya dapat dinikmati sepanjang masa. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.