Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/19

8 Jenis Rezeki Dari Allah Untuk HambaNya

8 Jenis Rezeki Dari Allah Untuk HambaNya. Ada banyak jenis rezeki yang Allah berikan kepada hambaNya. Setiap rezeki yang Allah bagi adalah mengikut keperluan masing-masing. Allah akan beri rezeki bergantung kepada doa-doa dan kelakuan hambaNya yang dikasihi. Rezeki yang Allah bagi ada banyak jenis. Selalu juga dengar orang kata, "eh! dapat rezeki tak disangka lah. Ni mesti sebab kita buat baik pada orang.

Ada rezeki yang datang sebab Allah nak uji. Ada juga rezeki yang Allah bagi sebab memang itu dah hak kita. Pernah dengar orang kata kalau dah rezeki tak kemana. Rezeki Allah pun tak pernah salah alamat. Sebab itu, jangan rampas hak orang lain.. kalau dah rezeki mereka, tercampak jauh pun akan datang balik. Itu hak Allah nak bagi kepada siapa yang DIA berkehendak.


8 Jenis Rezeki Dari Allah Untuk HambaNya


8 Jenis Rezeki Dari Allah Untuk HambaNya

Jom baca perkongsian di bawah tentang 8 jenis rezeki dari Allah untuk hambaNya yang Dia kehendaki.

1. Rezeki Yang Telah Dijamin


 ‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

 "Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha


‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur


‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." (Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga


 ‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3).


5. Rezeki Kerana Istighfar


 ‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah


وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak


 ‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah


‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 245).

Indahnya kalam Allah dalam al Quran yang cukup membuka mata dan minda bila memahaminya. Begitu berhemah Allah memberikan janji bahawa setiap hambaNya akan diberikan kecukupan rezeki dari pelbagai punca dan jenisnya. Yang penting kita kena yakin, sabar, berusaha dan tawakkal kepadaNya. Insyaa Allah rezeki akan datang tanpa cepat dan lambat. Rezeki antara rahsia Allah yang kita tak boleh nak jangka. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.