6 Pesanan Untuk Wanita Yang Anda Sayangi

6 Pesanan Untuk Wanita Yang Anda Sayangi. Wanita yang anda sayangi tu siapakah dia? Adakah ibumu? Isterimu? Anak-anak perempuan? Adik-beradik? Atau.. dirimu sendiri? Baiklah, pesanan ini untuk wanita.. tak mengira siapa pun dia. Sampaikan pesanan ini kepada wanita yang anda kenali. Jom lakukan titipan pesanan ini yang saya kongsikan daripada Facebook.

Pesanan ini amatlah indah.

Oleh kerana wanita ni terlalu banyak dosanya.. sebab itu pesanan di bawah ini diharapkan dapat meningkatkan darjat wanita di akhirat nanti. Berpesan-pesan sesama kita untuk sama-sama mendapat redha dan menjadi tetamu di syurgaNya nanti. Biarlah dengan asbab perkongsian dalam blog ini nanti membawa kita semua ke jannah. Insyaa Allah.

6 Pesanan Untuk Wanita Yang Anda Sayangi


1. Jaga solat pada awal waktu


Kalau datang haid sekalipun  tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat dan amalkan  zikrullah.  Agar masa yang ada walau tak solat,  diisi  dengan  perkara-perkara  kebaikan  serta  mendekatkan  diri  kepada Allah.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga


Dianjurkan baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa di dunia dan akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 1 ayat

6 Pesanan Untuk Wanita Yang Anda Sayangi

Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam


Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami


Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt ke atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah


Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/ Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Kongsikanlah bersama sahabat wanita anda yang lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak di amalkan.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Duhai wanita.. jagalah akhlak dan aibmu. Tanamkan sifat malu dalam diri. Kerana malumu adalah mahkotamu. Dengan sifat malu, dapat mengawal diri untuk sentiasa berada dalam rahmat Allah. Sifat malu dapat mengelakkan maksiat. Dengan sifat malu, kamu dipandang tinggi oleh kaum Adam. Semoga wanita yang saya kasihi di luar sana sentiasa berada di bawah naungan dan lindungan Illahi.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.