Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/01/06

3 Tips Untuk Lebih Tenang Dalam Hidup

3 Tips Untuk Hidup Lebih Tenang. Nak hidup tenang kita kena cari cara dan panduannya. Nak hidup tenang tak ada jalan pintas. Bukan ambil benda terlarang untuk tenang dan berada di awangan. Pada mulanya kalau tak tenang, banyak dekatkan diri dengan Allah. Lakukan terapi yang sihat dan cari ilmu bagaimana nak dapatkan ketenangan.

Asas ketenangan tentulah daripada hati yang ikhlas dan selalu sabar dalam keadaan di uji atau diberi nikmat. Syukur dan sabar selalu.

Selain itu, perbanyakkan mengingati Allah pun hati akan jadi tenang. Bila hati tenang, hidup pun akan mendapatkan ketenangan yang kita harapkan. Setelah cara-cara yang asas untuk dapat ketenangan dapat dipelajari, jom tengok di bawah tips-tips untuk lebih tenang dalam hidup.

3 Tips Untuk Lebih Tenang Dalam Hidup


3 Tips Untuk Lebih Tenang Dalam Hidup


Jom baca ringkasan di bawah iaitu antara tips nak tenang dalam hidup.

1. Fokus kepada apa yang kita suka, bukan apa yang kita tak suka. Ia akan membantu minda separa sedar untuk menjadi lebih resourceful dan "Solution Oriented."

Contohnya ibubapa anda mahu anda jadi seorang doktor. Tapi cita-cita anda mahu jadi pelukis. Tak mengapa, habiskan pelajaran anda seperti diminta oleh ibu bapa kemudian setelah selesai, anda cari ilmu melukis pula. Buat apa yang anda suka tapi kadang-kadang harapan orang tua pun susah dilawan. Mereka ada keegoan masing-masing. Jadi, selesaikan harapan orang tua dan kemudian kita buat pula apa yang kita suka.

2. Ingat kembali kesusahan besar yang pernah diharungi. Ia akan membantu kita untuk lebih bersyukur kerana kesusahan itu telah pun berlalu. Kesusahan yang sedang alami pula akan terasa lebih ringan.

Kesusahan dahulu adalah sebagai pemangkin untuk kita berjaya dengan lebih santai. Dah biasa susah, kita tak rasa tertekan bila berhadapan dengan kemudahan masa sekarang. Semuanya dah jadi kan kita lali dan dapat harungi segala pahit manis dan dugaan dunia masa kini.

3. Selalu Visualize impian indah yang ingin kita capai di masa akan datang. Ia terbukti berkesan untuk Pengurusan Stres yang lebih baik.

Bayangkan! Cuba realisasikan apa yang anda impikan. Bayangkan yang anda dah berjaya dan dapat beli apa yang anda inginkan. Jadikan angan-angan itu seperti satu kenyataan padahal anda pun belum berjaya mendapatkannya. Insyaa Allah.. dengan cara itu kurang sikit rasa stress. Perlahan-lahan anda kejar anganan itu hingga ia betul-betul berada dalam genggaman.

Moga Allah merahmatimu sahabat.. mendapatkan ketenangan yang hakiki dengan pengurusan perasaan yang betul. Bila perasaan atau emosi dapat di kawal dan anda dapat apa yang diinginkan.. hidup tak akan dibayangi sesalan. Maka anda akan lebih rasa tenang.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.