Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/12/05

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah. Nak share dengan anda semua bagaimanakah trend pengunjung blog ini pada musim cuti sekolah. Saya tahu masuk aje cuti sekolah yang panjang ni, wanita atau ibu lah yang paling sibuk. Jika surirumah, memang memasak je lah kerjanya. Bila anak-anak sedang meningkat naik, memang kuat makan. Untuk wanita yang bekerja, pasti ramai yang ambil cuti panjang untuk bersama anak-anak di rumah. So, blog saya yang berniche kan wanita ni tentu akan sepi sedikit. Kerana pengunjung utamanya adalah wanita ada yang tak sempat nak buka phone bila cuti sekolah. Saya faham. Saya pun ibu yang bekerja. Sekarang pun saya sedang bercuti sebab menjaga anak kecil saya yang berkhatan. Hmm.. macam saya pula yang pantang bersalin. Makan minum semua kena catu, encik suami yang buatkan menu. Ikut menu zaman dia dulu pulak tu.. ada suruh anak dia makan berlaukkan ikan kering. Seumur hidup tak pernah makan ikan kering.. alahaiii.. dilemma sungguh!

Tak mengapalah.. yang baik kita ikut. Demi kesihatan yang maksima. Kan..?

Berbalik kepada omelan saya tentang trend pengunjung blog dalam cuti sekolah.. jom baca ulasannya di bawah.

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah


Saya menggunakan service dari website amungs.com untuk membuat sedikit analisa tentang pengunjung blog saya ketika musim cuti sekolah.

Cuba lihat gambarajah di bawah. Ia adalah gambaran keseluruhan trend pengunjung blog pada cuti sekolah. Ada berlaku kemerosotan dalam jumlah pembaca yang online dalam sesuatu masa. Print screen ini saya lakukan pada sekitar pukul 1:00 petang, 5 Disember 2017. Dah cuti sekolah kan.. 😅😅😅

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah

Daripada gambar di bawah, kebanyakan pengunjung blog melayari atau membaca blog melalui telefon. Semestinya telefon pintar la ya. Taburan pembaca datangnya dari seluruh dunia, tapi macam biasa yang banyak datangnya dari USA.

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah

Trend pembaca yang berkunjung ke blog pula ada waktu tertentu. Dalam tempoh 24 jam, ramai yang berkunjung pada waktu siang. Bermula dari pukul 1.00 petang - 4:00 petang, kunjungan agak stabil. Mungkin ada yang melayari blog dari pejabat. Anggaran dalam sehari, ada lebih kurang 50 orang yang online dalam sesuatu masa.

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah

Perkhidmatan amungs.com adalah percuma. Ramai blogger yang guna. Walau ada yang kata kurang tepat tetapi saya percaya data yang ditunjukkan sedikit sebanyak menjadi kayu pengukur kepada persembahan sesebuah blog.

Daripada data di bawah, dalam sehari semalam ada 8 imej dari aynorablogs.com yang disalin oleh pengunjung, setakat artikel ini ditulis. Jumlah perkataan yang disalin pula sebanyak 8,851 perkataan. Ini rasanya ada orang salin entry kita. Dan anda boleh lihat siapa yang copy data anda.

Trend Pengunjung Blog Pada Cuti Sekolah

Selamat membaca kupasan saya tentang trend pembaca yang berkunjung ke blog pada cuti sekolah. Setiap blog berbeza trendnya kerana ia banyak bergantung juga apa niche yang kita bawakan.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.