Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/12/02

Trafik Blog Merosot Kerana Sering Tukar Template?

Trafik Blog Merosot Kerana Sering Tukar Template? Mungkin ada benarnya pertanyaan ini. Dahulu saya memang tidak percaya. Tetapi setelah mengalami perkara tersebut, saya terus jarang tukar template blog sesuka hati. Saya akan tukar template blog bila lama kelamaan sudah timbul rasa "bosan" dengan layout dan warna yang serupa. Namun begitu, warna yang sinonim dengan blog anda sebaiknya dikekalkan. Hanya tukar layout dan template saja, pun sudah memadai.

Habis tu.. takkan nak pakai template yang sama seumur hidup? Tidaklah begitu.. tapi janganlah tukar template setiap seminggu sekali. Nanti pengunjung tak kenal dengan blog anda. Apatah lagi bila anda lupa nak update logo blog. Langsung pengunjung setia akan menyangka anda telah menjual blog anda! Haha..
Trafik Blog Merosot Kerana Sering Tukar Template?
Template Blog yang saya guna sekarang


Trafik Blog Merosot Kerana Sering Tukar Template?


Jika dilihat dari pengalaman saya sendiri dan bacaan di internet, saya rasa ada benarnya. Jika anda seorang blogger dan sering tukar template, anda pasti menghadapi penurunan trafik. Pada hari pertama hingga seminggu, trafik blog jadi sendu je.. hihi

Saya sendiri pun begitu. Sampai risau mengapa trafik merundum jatuh. Seterusnya saya akan check dengan admin (jika guna template berbayar). Jadi tak sabar pulak.. iyalah kita bayar template yang super SEO, tapi hasilnya tak tip top~!

Kenapa terjadi begini? Mengapa lepas tukar template trafik terus merosot?

Menurut beberapa blogger terkenal Indonesia, trafik merosot lepas tukar template kerana pengunjung berasa kurang yakin dengan rupa blog kita. Sebab, biasa mereka tahu kedudukan layout kandungan blog, bila tukar template mereka jadi pelik dan asing. Itu antara penyebab trafik blog merosot.

Tambahan pula, pengunjung setia blog akan berfikir bahawa anda tidak konsisten dengan kandungan blog anda. Hilang keyakinan terhadap owner blog yang mungkin dianggap tidak profesional.

Jadi, berhati-hatilah bila anda sering tukar template. Trafik akan merundum jatuh kerana pengunjung setia blog anda telah beralih arah.. mungkin..

Saya sarankan anda tukar template blog setahun sekali. Paling kerap pun 2 kali setahun. Itu dah dikira okay..

Akhir kata, pilih template yang sesuai dengan niche blog anda. Ada banyak pilihan template blog yang percuma dan mesra SEO. Jika tidak gunakan ilmu berblog ini, anda sendiri yang akan rugi.

Selamat berblog.. bye!!

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.