Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap. Kari ikan memang sedap. Ikan apa yang sedap masak kari? Alaa.. saya pakai beli aje.. semua pun sedap. Kalau nak ikan yang senang dapat dan agak murah sikit tentulah ikan kembung. Ikan selar kuning pun dah mahal sekarang ni. Resepi yang nak dikongsikan dalam blog kali ni adalah resepi kari ikan ala mamak atau mamak style. Saya ada kawan yang berketurunan mamak ni, dia kata kari ikan mamak boleh tahan lama. Tahan 3 hingga 4 hari kalau disimpan dengan betul. Tapi.. betul ke kari mamak tahan lama? Tanya je..

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap

Sedikit info.. masak kari ayam atau daging berbeza dengan masak Kari Ikan. Kari ikan biasa rasa masam sedikit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Ikan yang guna perlulah isi yang keras sedikit kalau boleh yang ikan ketul besar sedikit.

Semasa bersihkan ikan perlu ambil perhatian mengenai darah ikan dan bahagian perut ikan. Darah ikan di tengah tulang ikan perlu di buang dan dibersihkan. Darah ikan ini akan menyebabkan kari akan bertukar kehitaman. (darah Ikan ikut hukum sharie perlu dibersihkan dengan air dilalukan).

Biasanya ikut cara mamak, peramkan ketulan ikan dalam jus limau nipis/ asam jawa (acidic) dan garam sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghilangkan alkoloid yang menyebabkan kehanyiran ikan. Ikan kalau diperam dengan jus limau nipis dan garam lebih segar isinya. Memang betul.. bagus petua dan info ni.. 

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap


Resepi asal : Ana Elianas
Telah diubah suai oleh : MaDiHaA aka Ratna
Disiarkan semula oleh: Aynorablogs

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung saiz besar (guna ikan lain pun boleh)
5 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kisar/ serbuk cili

Bahan-bahan Kisar:

1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan-bahan Mayang/Kisar:

1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (boleh guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

Bahan Rampai:

Terung bulat
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap


1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimayang/kisar dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. Jangan ceraikan daun tu.. sebab batang daun kari tu akan memberi aroma yang sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan terung bulat. Masak sampai agak-agak terung lembut barulah masukkan bendi & ikan. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Paling akhir masukkan tomato. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah. Bila bendi lembut bolehlah matikan api.Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap

Apa bezanya kari ikan style mamak dengan kari ikan ala Melayu? Hihi.. dapat tak jawapannya? Tentulah tahu kan.. kari ikan mamak tak letak santan. Kari ikan Melayu letak santan.. sebab itu kari ikan mamak style tahan lama. Lambat basi..

Selamat mencuba ya..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.