Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/12/03

Doa Hilangkan Kesedihan Dan Dibukakan Pintu Kebaikan

Doa Hilangkan Kesedihan Dan Dibukakan Pintu Kebaikan. Jom amalkan doa ini, doa yang lengkap untuk inspirasi hidup dalam kebaikan dari dunia hingga akhirat. Doa yang dipohonkan tanpa henti dan bersungguh-sungguh Allah akan makbulkan. Tak ada doa yang Allah tolak malahan ada doa yang dikembalikan kepada kita menjadi perkara yang lebih dari yang kita mohonkan. Berdoalah dengan tertib dan dengan adab-adab doa yang betul.

Kita digalakkan untuk berdoa dan memohon ampunan dari Allah setiap waktu jika ada kesempatan. Sebagainya hambaNya yang taat dan penuh berserah, tentu kita percaya tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah jua.

Doa Hilangkan Kesedihan Dan Dibukakan Pintu Kebaikan


Doa Hilangkan Kesedihan Dan Dibukakan Pintu Kebaikan


Doa memohon hilangkan kesedihan..

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada perasaan sedih dan dukacita, aku berlindung kepadamu daripada lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu daripada bakhil dan penakut dan aku berlindung kepadaMu daripada beban hitang dan tekanan perasaan."

Doa agar dibukakan pintu kebaikan

"Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga, ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

AamiinYaRobbal'Alamiin.

Betapa Allah itu Maha Agung Kuasanya. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan pemberi pertolongan. Terima kasih Allah.

Orang yang beriman takkan penat berdoa kepada penciptaNya. Walau ketika  senang atau susah, dalam sedih atau gembira.. doa-doa tak pernah berhenti meniti dari bibirnya. Ada sesetengah orang hanya berdoa ketika ditimpa musibah. Itu silap ya kekawan.. berdoa itu tanpa batas dan waktu. Walau di mana kamu berada.. berdoalah dengan sebuah penyerahan jiwa yang tulus.

Allah Maha Mendengar rintihan dan rayuan hambaNya. Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

Oleh itu, jangan mudah menyerah kalah pada takdirmu. Allah akan membantu jika kamu mahu mengubah nasib diri sendiri.

Berdoalah bersungguh-sungguh.. dan berserahlah!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.