Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru. Untuk mencipta azam baru, anda kena ada cara. Kena ada ilmu untuk jadikan azam anda kenyataan. Jangan biarkan azam tahun baru anda terperuk ditakuk lama. Jangan ulangi azam yang setiap tahun anda buat tapi tak pernah berjaya. Kalau nak cipta azam biarlah bersungguh-sungguh. Azam tahun baru adalah perkara yang hebat dan besar yang kita boleh buat agar kehidupan kita di tahun baru lebih bermakna. Lebih banyak kejayaan dapat dikecapi bila anda membina azam tahun baru. Dengan semangat baru, anda pasti mengharapkan tahun baru nanti anda tidak lagi berada ditakuk lama.

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru

Lihat diri anda sebentar. Tahun ini. Apa anda dah capai. Tahun baru nanti apa yang nak dicapai. Itulah azam baru yang anda ciptakan. Buat SATU azam baru pun tak apa asalkan ianya mampu memberikan kepuasan kepada diri sendiri.

Azam baru saya di tahun baru? Insyaa Allah.. saya nak cabar diri untuk simpan duit RM1000 setiap bulan dan buang tabiat suka membazir beli barang secara online.😎😎😎 

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru


Nak bina azam tahun baru, tak kisahlah tahun baru Hijriah atau Masihi mestilah sebuah azam yang fleksibel dan ikut kemampuan.

Lihat perkara-perkara berikut untuk membina azam terbaik untuk tahun baru.

1. Agamamu


Cuba muhasabah diri. Ambil masa bertenang dan bersendirian dengan TuhanMu. Lihat dalam diri. Tanya iman di dada. Di penghujung tahun ini, apakah pencapaianmu dalam islam. Apakah kejayaanmu dalam menambah iman dan amalan. Bagaimana zikir dan taubatmu? Jadi, mari bina azam tahun baru untuk meningkatkan amalan dan berusaha menjadi seorang muslim yang terbaik kepada Sang Pencipta. Azam yang dibina? Apa kata kita berazam untuk memberi derma/ sedekah setiap bulan dan ditolak dari gaji sendiri? Mampukah?


2. Ilmu Pengetahuan


Ilmu yang sentiasa berkurangan jika tidak dicari dan digali. Gali duit anda dapat duit dan duit pun habis. Gali ilmu dan memperluaskan pengetahuan menjadikan kita semakin pandai mengurus duit-duit tersebut. Jadi, bina azam tahun baru untuk menambah ilmu pengetahuan. Kalau anda berniaga, pergilah sertai kursus-kursus yang berkaitan. Jika anda seorang pekerja pejabat, sentiasa bertanya dan belajar kerja-kerja rakan anda. Katakan pada diri, paling tidak ada ilmu pengetahuan baru yang anda dapat setiap bulan. Tingkatkan diri dengan ilmu menjadikan anda bertambah positif dan yakin menjalani kehidupan sepanjang tahun.


3. Kewangan


Bina azam dari segi kewangan? Maksudnya mengurus wang anda dengan bijak, berjimat mungkin.. dan pastikan anda dapat menyimpan setiap bulan. Buat azam baru di tahun baru bahawa anda nak simpan duit setiap bulan. Jumpa kerani HR anda dan kata anda nak tolak duit gaji dan simpan sejumlah wang ke dalam ASB atau TABUNG HAJI. Ikut suka anda.


4. Tempoh Masa


Buat azam baru biarlah realistik. Maksudnya anda bina azam tahun baru biarlah ada had masa tertentu. Jangan drag azam anda sampai tiada penghujung. Contohnya anda bina azam nak kurus atau turun berat badan sebanyak 10 kg dalam tempoh 3 bulan. Jadi, dalam tempoh tersebut anda semak adakah azam tahun baru anda tercapai? Jika gagal, ubah cara untuk mencapai azam anda itu.


5. Azam Yang Logik


Bina azam tahun baru berdasarkan kemampuan dan yang logik. Anda berazam nak beli Lamborghini tapi sebenarnya anda pun macam saya yang kerja makan gaji. Adakah azam baru untuk tahun baru itu akan tercapai? Kan macam tak logik tu. Apa kata anda yang nak buat azam tahun baru.. buatlah azam dengan mengukur baju di badan sendiri. Faham kan?

Setelah melihat perkara-perkara di atas.. barulah anda simpulkan satu azam atau pun dua yang mampu anda jadikan ia satu kenyataan. Jangan sekadar buat azam membuta tuli tanpa anda lihat kemampuan diri sendiri.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.