Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/12/20

Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari

Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari. Blogger yang berjaya tentulah seorang yang dapat menyampaikan artikel atau entri blog yang boleh memberikan manfaat dalam jangka panjang. Biar entri kita tak ada nilai hot spot atau viral gosip yang membuang masa.. tetapi kita tetap menulis untuk menyampaikan. Itulah tujuan blogger sebenarnya. Zaman sekarang komuniti blogger semakin disenangi oleh banyak pihak. Sebab itu blogger dipanggil media influencer. Blogger memang amat kuat pengaruhnya.

Sebagai seorang blogger yang komited, kita mesti menulis dan terus menulis. Jangan berhenti sekerat jalan. Kita ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat terbaik untuk manfaat orangramai.

Jika sesekali anda hilang fokus untuk menulis blog.. sentiasa jenguk blog sendiri untuk mengembalikan fokus dan mood anda. Dari situ lihat sejarah perkembangan blog anda dan tengok entri-entri lama. Insyaa Allah.. anda akan dapat mood semula.

Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari


Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari


Baiklah. Jom baca cara saya hasilkan entri blog setiap hari walau dalam keadaan yang agak sibuk. Kerana saya dah anggap blog adalah kerjaya kedua saya yang memberikan pulangan setiap bulan.

1. Buat Draf Idea Walau Sepatah Perkataan


Rekod atau catit terus apa yang terlintas di fikiran. Jangan kata, "nantilah", "esok lusa", tak ada mood dan sebagainya. Tulis blog ni macam tulis novel. Ada idea datang terus tulis atau letak dalam draf. Walau hanya sepatah perkataan sebagai keyword. Jangan pernah berlengah.

2. Berblog Menggunakan Handphone


Salah satu cara nak galakkan anda tulis entri setiap hari adalah menulis atau update blog dengan menggunakan handphone. Sekarang kan dah mudah. Internet dan wifi merata-rata. Terfikir nak update blog, terus online dari handphone. Macam saya. Kebanyakan entri blog saya update dari handphone. Cepat dan senang. Tak perlu nak cari kerusi meja nak menaip. Tak perlu nak on atau off komputer. Dengan berbaring pun anda dah boleh update blog.

3. Rajin Blogwalking Ke Media Sosial Seperti Twitter, Pinterest, Tumblr


Yeah!! Yang ni selalu saya buat. Tengok gambar cantik-cantik di media sosial membolehkan idea untuk update entri selalu datang. Alhamdulillah.. belum kering idea lagi. Kalau lihat tips kesihatan bergambar, kita kembangkan gambar itu menjadi sebuah entri yang padat dan penuh info. Tambah info pada gambar yang berkaitan. Senang kan?


4. Rajin Membaca Sebarang Bahan Bacaan


Lagi satu, kena rajin baca bahan bacaan secara online atau pun offline. Baca akhbar, baca kisah pengajaran, baca dunia gosip dan sebagainya. Baca dan baca.. sampai dapat ilmu dan anda boleh kongsikan cara anda pula di blog. Buat penambahan info dan kongsi cara dan buah fikiran anda terhadap sesuatu isu.

5. Blogwalking ke blog-blog lain


Lagi satu yang sering saya buat adalah blogwalking ke blog-blog yang jarang-jarang kita pergi. Caranya.. bila ada bloglist dalam sesebuah blog, cuba singgah di blog tersebut. Pasti ada sesuatu yang lain yang boleh berikan idea kepada anda untuk menulis entri di blog.

Lain-lain cara anda boleh tambah sendiri. Ada 1001 macam peristiwa yang berlaku setiap hari. Dari situ pun kita boleh jadikan bahan untuk update blog. Kadang-kadang mendengar lagu di radio pun boleh datangkan ilham menulis di blog.

So, apalagi? Mulakan langkah anda sekarang. Jangan biarkan blog anda sepi tanpa entri baru kerana kelebihan yang anda ada itu boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

6 comments:

  1. info yang sangat berguna. terus naik balik semangat nak update blog selalu

    salam singgah dari KAU ILHAMKU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. teruskan semangat menulis tu..

      Delete
  2. Betul..Kadang kalau tak ada idea sangat, saya buat entry pasal lagu favourite..hehe

    ReplyDelete
  3. dah try berblogging dengan phone tapi terus blank, kalau depan pc pulak laju je jari jemari menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..😁😁 ya ke? Lain org lain caranya kan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.