Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

01 December, 2017

Beza Antara Istighfar Dan Bertaubat

Beza Antara Istighfar Dan Bertaubat. Bertaubat adalah satu akujanji kita kepada Allah SWT untuk tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan buruk dan jahat kita yang telah lalu. Bermakna kita nak buka buku baru menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Sementara istighfar pula adalah permohonan kita kepada Allah agar mengampuni dosa-dosa kita. Kita berzikir setiap hari dan saat di mana-mana pun untuk mengharapkan pengampunan Allah.

Bila membicarakan antara keduanya iaitu istighfar dan bertaubat.. sudah tentu ada perbezaan antara keduanya. Dalam sehari kita boleh beristighfar beribu kali dengan kalimah, "Astaghfirullah... " tetapi belum tentu kita mampu bertaubat dan melakukan solat sunat taubat. Namun, istiqamah lah beristighfar agar pintu hati kita terbuka untuk bertaubat di jalanNya.

Beza Antara Istighfar Dan Bertaubat 


Ketahuilah bahawa ISTIGHFAR DAN TAUBAT ITU BERBEZA. Baca penerangan lanjut di bawah sebagai panduan kepada kita untuk memperbaiki hidup menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Beza Antara Istighfar Dan Bertaubat

Bila seseorang dinasihati kerana melakukan dosa, dia berkata, "Aku bertaubat, Astaghfirullah!".

Hakikatnya bertaubat dan beristighfar dua perkara yang berbeza. Asasnya bertaubat bertujuan meninggalkan sepenuhnya perbuatan dosa, sedangkan beristighfar bertujuan memohon keampunan.

Beza Antara Istighfar Dan Bertaubat

Perbezaan antara keduanya iaitu taubat dan istighfar


Pertama:

Taubat ada batas waktunya, sementara istighfar tidak ada batas waktunya, orang yang telah mati pun boleh dimohon ampun oleh sanak saudara terdekatnya. Manakala taubat terhenti bila nyawa dikerongkong.

Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ.
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (ruh) belum sampai di tenggorokan” (HR. Tirmidzi, dari Ibnu Umar ).

Orang yang telah meninggal tidak boleh lagi bertaubat dan ditaubatkan, bertaubatlah sebelum nyawa dikerongkong.

Kedua:

Taubat hanya boleh dilakukan oleh pelaku dosa itu sendiri,  istighfar atau mohon ampun boleh dilakukan oleh pelaku dosa dan juga orang lain untuknya. Seorang anak boleh memohon ampun untuk ibubapanya tetapi tidak boleh bertaubat untuk mereka.

Ketiga:

Taubat memiliki syarat wajib berhenti dari dosa yang ditaubati. Adapun istighfar tidak disyaratkan demikian. Ada dua pendapat, apakah istighfar diterima walaupun mengulangi perbuatan dosa itu iaitu tidak berhenti berbuat dosa, contoh perokok yang terus merokok walau beristighfar. Apakah istighfar diterima tanpa taubat.

Pendapat pertama: istighfar tidak bermanfaat tanpa taubat kerana istighfar adalah jalan menuju taubat.

Pendapat kedua: istighfar bermanfaat meski pelaku belum bertaubat, kerana nabi membezakan antara taubat dan istighfar.

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah, sungguh diriku beristighfar dan bertaubat dalam sehari lebih dari 70 kali” (Muttafaqun’alaih).Dalam riwayat Muslim disebutkan, “… 100 kali“.

Pada hadis di atas istighfar dan taubat disebutkan secara terpisah. Menunjukkan bahwa istighfar dapat bermanfaat dengan sendirinya, meski tidak diiringi taubat.

Bila seorang dapat mengumpulkan istighfar dan taubat, maka itulah yang sempurna dan diharapkan. Sebagaimana Allah mengumpulkan kedua hal ini dalam firmanNya,

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah. Lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka (beristighfar), siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah?! Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu (bertaubat), sedang mereka mengetahui” (QS. Ali Imron : 135).

Seperti juga yang dilakukan Nabi kita shallallahu’alaihi wasallam, “Demi Allah, sungguh diriku beristighfar dan bertaubat dalam sehari lebih dari 70 kali” (Muttafaqun’alaih).

Akhir kata, jangan hanya bergantung kepada lafaz istighfar sebagai kita bertaubat, itu belum bertaubat sepenuhnya, tetapi berhentilah dari mengulangi semua perbuatan dosa, mengumpat, mengata, berdusta, mungkir janji, mengambil yang bukan hak kita, melihat maksiat, mendengar yang melalaikan, dan 1001 dosa lagi. Jangan sekadar beristighfar, tetapi bertaubatlah. Mohon ampun dan berhenti dari dosa tersebut.

Wallahu'alam

Kredit to abdghaniharon

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.