Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/05/25

Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar

Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar. Kuih kasturi dikenali juga dengan nama kuih rengas atau kuih kacang hijau ni dah macam kuih muih tradisional yang semakin pupus di telan zaman. Ada juga golongan muda yang semakin lupa akan kuih kasturi hinggakan rupa bentuknya pun tak kenal. Sebab apa? Sebab golongan muda lebih dimomokkan dengan fast food, korean food, western food hingga langsung rasa macam tak ada standard pula bila makan kuih muih tradisional melayu kita. Padahal, kuih muih melayu kita semuanya sedap, rasanya pelbagai dan bentuk pun tak kalah dengan kuih moden dan instant yang berlambak di restoran makanan segera. Apa nak jadi nanti akhirnya? Siapa yang akan makan kuih muih tradisional kita jika golongan tua sudah tiada. Entahlah.. itulah dilemanya kini. Tak mengapalah.. kita yang masih kenal dengan kuih muih tradisional contohnya kuih kasturi ni, ambil peluang untuk belajar membuatnya kerana cara resepi yang amat mudah. Kuih kasturi memang mudah dibuat, bahan-bahan senang diperolehi dan kosnya murah. Saya buat hari tu cuma guna anggaran RM7.50 untuk beli kacang hijau, kelapa parut, gula melaka dan tepung. Gula pasir saya guna yang kat rumah punya.. hihi

Baca juga .. [Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah]

Jom tengok resepi kuih kasturi lembut intinya, tetapi kulitnya rangup sedap. Sukatan bahan adalah untuk makan 2 orang hingga 3 orang, jika nak kuantiti yang banyak, anda ubah suai ikut jumlahnya.

Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar


Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar
Gambar sumber majalah rasa
Bahan-bahan:

1 cawan kacang hijau
Air yang cukup untuk merebus
1/2 - 3/4 cawan gula perang lembut atau gula pasir biasa (adjust ikut kemanisan yang dikehendaki)
5 sudu besar kelapa parut muda
1/2 sudu teh garam
3-4 sudu besar tepung gandum

Cara menyediakan kuih kasturi lembut di dalam kulit rangup diluar


1. Basuh dan rendam kacang hijau selama 1 hingga 3 jam.

2. Kemudian masukkan ke dalam periuk (seelokknya dalam periuk non-stick) dengan air yang mencukupi dan rebus hingga empuk. Kalau masih keras, tambah sedikit lagi air dan terus merebus hingga kacang lembut.

3. Bila air hampir kering, masukkan gula, kelapa parut muda, tepung gandum dan garam. Kacau sentiasa hingga sebati dan kering. Tutup api dapur dan sejukkan.

4. Setelah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Kemudian leperkan.

5. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

6. Celup adunan kacang hijau tadi ke dalam batter dan goreng hingga garing. Kalau nak simpan dalam peti sejuk beku, goreng sekejap je. Jangan sampai garing. Kemudian sejukkan dan simpan ke dalam peti sejuk beku.


Cara buat tepung atau batter kuih kasturi (untuk salut inti kacang tadi)


1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Air yang cukup


Cara-cara buat batter kuih kasturi
Campurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk sambil masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan batter yang dikehendaki. Cair macam nak buat lempeng.

Resepi Kuih Kasturi Sedap Dan Rangup Di Luar
Sumber google

Resepi kuih kasturi atau kuih rengas di atas saya kongsikan dari blog Oven Kecil dan disiarkan semula oleh rasadantips.com. Semoga anda dapat ilmu dan info tambahan dalam menambah koleksi resepi kuih muih tradisional anda. 

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.