Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

18 November, 2017

Resepi Kuetiau Ladna Yang Sedap

Resepi Kuetiau Ladna Yang Sedap. Ada yang sebut kue teow ada yang tulis kuetiau, mana-mana pun boleh asalkan sedap masuk ke mulut. Kuetiau ladna adalah resepi yang nak saya kongsikan dalam blog ini. Dah lama tak kongsi resepi berasaskan mee.. jadi sekarang tengah makan kuetiau ladna sedap kat satu restoran ni, maka terfikir nak share. Mana yang anda suka, kuetiau basah atau char kue teow atau kuetiau ladna? Saya suka dengan kuetiau ladna then baru lah char kue teow. Yang bubuh kerang tu.. then campur udang besar-besar.. sedap dimakan panas-panas.   

Resepi Kuetiau Ladna Yang Sedap


Resepi Kuetiau Ladna Yang Sedap 


Resepi Kuetiau Ladna Yang Sedap
Sumber dari Imgram
Bahan-bahan:

Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
1 bungkus kuew teow @ kuetiau
2 ulas bawang putih | di ketuk
4 biji cili padi | di ketuk
1 biji kiub ayam
Udang/ sotong/ ayam secukupnya
Sawi, lobak merah, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
Air secukupnya

Cara buat kuetiau ladna yang sedap 


1.Gaul kuew teow dengan sedikit kicap.Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuew teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam pinggan.

2.Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.

3.Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, carot, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong.Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.

4.Masukkan garam, sawi dan udang.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.

5.Setelah siap, tuangkan ke atas kuew teow tadi.

Saya selalu makan kuetiau ladna yang sedap di Sedap Corner. Kalau masuk restoran tersebut mesti order Kuetiau ladna. Kuahnya yang pekat dan warnanya yang menarik selalu menjadikan kami terliur. Bila buat sendiri tak boleh jadi sebiji macam tu pulak.. hihi, apakah rahsianya??

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.