Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/11/29

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi. Resepi yang saya nak kongsikan kali ini adalah ketam masak lemak cili padi. Ada juga yang panggil lemak cili api. Yang penting saya suka dengan ketam lemak cili padi sebab rasanya yang lemak manis. Hingga menjilat jari. Lagi sedap bila pecahkan telur sebiji dua. Lagilah best sangattt..

Ketam masak cili padi memang sedap. Ketam yang elok dan banyak isi tentulah ketam betina. Jangan guna ketam jantan, sebab kurang isinya. Tapi kalau dak tak ada, saya guna jugak.. dan kalau ketam anda saiz besar, dan cengkerang kaki pun besar, ketuk sikit sebelum dimasak. Agar kuah dan bahan serap dalam cengkerang ketam tu..

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap


Bahan-bahan:

10 ekor ketam (sederhana besar) - kerat dua
2 batang serai - diketuk
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan-bahan Kisar

10 biji cili padi
2 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara menyediakan Ketam Masak Lemak Cili Padi Yang Sedap


1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi
Antara bahan kisar nak buat madak
lemak cili padi ketam
2. Masukkan ketam dan nenas, jika suka. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah. Kemudian, masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar. 

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

3. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.

4. Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Resepi ketam masak cili padi dan cara membuatnya di,atas saya kongsi dari blog yatie memories dan ubah suai sikit ikut selera anak tekak saya.. hihi, tapi rasanya tetap tak lari ya. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.