Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/11/02

Pageview Blog Bulan Oktober 2017 Sedikit Meningkat

Pageview Blog Bulan Oktober 2017. Meningkat sikit pageview blog aynorablogs bagi bulan Oktober yang lepas. Selain disebabkan tiada cerita atau berita panas yang singgah kat blog, pada fikiran saya peningkatan yang sedikit jumlah PV bulan Oktober mungkin disebabkan orang ramai ada baca blog tetapi mula melayari vlog atau youtube yang lebih canggih. Kebanyakan pengunjung blog saya mencari resepi dan panduan petua di sini. Intisari atau niche blog yang agak terhad ini menjadikan PV blog saya meningkat sedikit berbanding bulan September. Its okay.. tapi minat menulis tetap diteruskan. Jika ada pembaca setia, pengunjung tetap pun dah okay. Dapat juga maintain PV sekitar 20K sehari. Jika dulu mudah nak capai 50K sehari. Itu dulu. Sekarang zaman berblog dah berubah. Persaingan dah makin banyak.. Kena pertahankan minat anda tu, jangan berhenti menulis jika itu adalah passion anda selain kerjaya hakiki!   

Pageview Blog Bulan Oktober 2017 Sedikit Meningkat


Dalam bulan September, PV blog sebanyak 836,914. Manakala dalam bulan Oktober yang baru lepas PV blog adalah sebanyak 852,173. Ada sedikit peningkatan.

Pageview Blog Bulan Oktober 2017 Sedikit Meningkat

Ada banyak cara nak maintain PV di blog.

Ada guna cara drastik, ada guna cara manual dan ada guna cara peringkat demi peringkat..

Antara cara yang biasa saya gunakan untuk maintain PV di blog setiap hari adalah:

1. Buat ping entri di 2 atau 3 group blogger, yang berkaitan.
2. Update page FB untuk blog tersebut. Kekal aktif dengan entri terbaru
3. Post 1 entri setiap hari, paling tidak..
4. Tulis artikel berkaitan info dan maklumat yang orang cari.. kalau buat review produk contohnya, bukan sekadar tulis review sebaliknya selitkan info berkaitan produk..

Ada banyak lagi cara nak maintain PV blog. Macam saya PV blog Oktober ada meningkat tetapi taklah drastik.. pelan-pelan tetapi stabil. Kalau sehari PV dapat 50K tetapi keesokannya jatuh menjunam pun tak bagus. Semua proses perkerjaan, kehidupan dan apa saja harus berjalan secara semulajadi dan bersederhana. Itulah pendapat peribadi saya..

Selamat berblog, cuba capai target satu hari satu entri.. yeah!

1 comment:

  1. entri ni bagi saya motivasi lebih nak update blog hari hari.. terima kasih..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.