Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/11/16

Aynorablogs Sudah Publish 2655 Artikel Dengan 31 Juta Pageview Setakat November 2017

Aynorablogs Sudah Publish 2655 Artikel Dengan 31 Juta Pageview Setakat November 2017. Pejam celik dah dekat 7 tahun saya serius berblog dengan www.aynorablogs.com. Betapa terujanya saya kerana dalam tempoh 7 tahun tersebut banyak jatuh bangun dan pengalaman pahit manis dilalui melalui dunia penulisan dari medium blog. Dulu nak buat blog pun tak pandai, tulis asalkan ada dan kadang-kadang post kita itu pun tak bernilai apa-apa. Tiada manfaat langsung. Masa tu tak ada pengalaman dan kesedaran sangat tentang tanggungjawab seorang blogger. Bila saya dah tambah ilmu berblog, etikanya, pantang larang, dan macam-macam lagi.. saya jadi lebih berhemah dalam menulis dan menerbitkan post di blog atau dunia maya. Tak semua boleh ditulis di media sosial. Tak semua perkara baik pada kita pun baik pada medium yang luas. Jadi saya mula belajar berhati-hati dalam menulis.
Aynorablogs Sudah Publish 2655 Artikel Dengan 31 Juta Pageview Setakat November 2017
Header blog terkini
Aynorablogs telah beberapa kali tukar header blog mengikut kesesuaian warna blog, niche blog dan sebagainya. Akhirnya saya berpendapat warna hijau dan kuning gold amat sesuai melambangkan tagline, Inspirasi Wanita.


Publish 2655 Artikel Setakat November 2017


Setakat bulan November 2017, saya telah menghasilkan lebih 2655 artikel di dalam blog ini. Alhamdulillah.. so far saya tak pernah lagi mengalami "mental block" dalam dunia penulisan di blog.

Jika saya kekurangan idea atau bahan untuk ditulis, saya akan buat draf tulisan dahulu sedikit demi sedikit hinggalah entry itu dapat dipublish kepada pembaca.

Aynorablogs Sudah Publish 2655 Artikel Dengan 31 Juta Pageview Setakat November 2017

Kebanyakan artikel yang dihasilkan lebih menjurus kepada perkongsian ilmu kebaikan seperti tazkirah, himpunan doa, renungan. Ada juga daripada minat wanita iaitu resepi, petua dan tips sihat. Tak lupa juga saya menulis dalam label motivasi. Inilah kemampuan dan keupayaan saya dimana saya menulis dari niche "wanita dan keluarga". Tagline blog saya adalah, INSPIRASI WANITA.

Secara puratanya saya menghasilkan 1 entri sehari. Itulah kesinambungan yang saya lakukan setiap hari. Dan, saya juga akan pastikan setiap tulisan yang dipublishkan menepati ciri-ciri SEO agar ia sentiasa relevan dalam setiap masa.

Jumlah Pageview Cecah 31 Juta 


Setakat artikel ini ditulis, jumlah PV dah cecah 31 juta. Tak sangka pula saya boleh merasai jumlah pageview yang berjuta-juta selama dekat 7 tahun mengendalikan blog ini. Namun saya faham dan yakin bahawa blog ini tidak akan bertahan sejauh ini jika tiada pembaca setianya. Jika anda yang terbaca ulasan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih atas budi dan jasa anda yang menyokong aynorablogs samada dalam keadaan yang saya tahu atau sebaliknya.


Dengan kerjasama dua hala ini iaitu blogger dan pembaca.. maka terhasillah jumlah pageview yang berjuta jumlahnya.

Semoga sedikit coretan tentang blog dapat memberikan gambaran kepada pembaca di luar sana yang sentiasa mengikuti perkembangan aynorablogs. Terima kasih...

2 comments:

  1. Tahniah kak. Auni punya blog pulak demam panas. PV tak naik2. Sedih sebab dah capai 80k sebelum, merudum turun 50k.. Doakan blog auni sihat kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Auni. Jgn putus asa. Insyaa Allah ada kejayaan disebalik usaha yg tak pernah jemu..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.