6 Prinsip Kejayaan Yang Semua Orang Boleh Buat

6 Prinsip Kejayaan Yang Semua Orang Boleh Buat. Nak berjaya jangan malu bertanya dan contohi orang yang sudah berjaya. Buangkan segala ego dan bangga diri kerana sikap begitu tak bawa kita kemana. Nanti saya akan share kan kepada pembaca blog ini tentang 6 prinsip kejayaan yang santai dan semua orang boleh buat demi sebuah kejayaan. Akhir hidup yang gembira tentulah menemui kejayaan dalam segala bidang yang kita ceburi. Samada kita seorang kakitangan syarikat atau pun tuan punya syarikat, tujuan kerja adalah untuk mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat. Kita semua ada prinsip dalam hidup. Prinsip itu yang kita pegang hingga boleh menjadikan kita sebagai sesorang yang bernilai terhadap persekitarannya. Bernilai kepada keluarganya, berharga kepada rakan-rakan dan mungkin juga amat istimewa kepada pasangan kita. Itulah prinsip namanya!

6 Prinsip Kejayaan Yang Semua Orang Boleh Buat

6 Prinsip Kejayaan Yang Semua Orang Boleh Buat


Nak berjaya dalam hidup dan kerjaya, anda kena ada prinsip. Prinsip kejayaan ada banyak dan ada yang senaraikan prinsip kejayaan berdasarkan pencapaian masing-masing. Prinsip kejayaan antara pelajar dan usahawan juga berbeza TETAPI mempunyai asas yang sama iaitu melakukan apa pun dengan cara yang terbaik dan sehabis baik!!

1. Buat perkara yang disukai

Cari minat sebenar. Lakukan apa yang disukai sehingga ia membawa perbezaan, Satu-satunya cara untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah mencintai apa yang telah dilakukan.

2. Jadikan ia berbeza

Mempunyai pemikiran berbeza dan sentiasa berfikiran luar biasa.

3. Lakukan yang terbaik

Jangan leka! hanya kejayaan akan membina lebih banyak kejayaan.

4. Mula kecil, berfikiran besar

Selesaikan perkara yang lebih mudah terlebih dahulu dan diikuti dengan perkara yang lebih rumit, Fikirkan tentang masa hadapan bukan untuk esok hari sahaja.

5. Pelajari dari kegagalan

Belajar dari kegagalan adalah satu hasil yang terbaik kerana kita tidak akan mengulangi kesilapan lalu.

6. Membuat analisis S.W.O.T

Sebaik sahaja telah mempunyai perniagaan, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan diri dan perniagaan. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi keuntungan perniagaan.

S-STRENGTHS, - KEKUATAN
W-WEAKNESSES, - KELEMAHAN
O-OPPORTUNITIES - PELUANG
T-THREATS. - ANCAMAN

Inilah salah satu analisis yang boleh dilakukan ke atas perniagaan yang sedang kita usahakan. Kalau untuk kehidupan, kita pun boleh adaptasikan cara di atas untuk mengatasi masalah diri kita sendiri. Setiap kekurangan boleh diperbaiki dan peluang dalam hidup datang dalam pelbagai cara. Jangan takut dengan ancaman jika kita telah bersedia dengan bekalan dalam perjalanan hidup ini.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.