Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/11/10

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy. Saya bayar domain dan perbaharuinya 2 tahun sekali. Senang nak maintain.. dan setiap kali proses renewal atau memperbaharui domain berlaku, blog saya akan 'down'. Tidak boleh diakses buat sementara waktu. Tetapi kerana ini pengalaman ketiga, maka bagi saya 'perkara biasa' dan kena hadapinya dengan tenang. Dah tak panik dah.. tapi yang 'paniknya' bila lihat PV kita kosong aje.. redha dah.. oh ya, kalau ramai yang tak tahu, saya sebenarnya setting auto renew untuk setiap domain berbayar saya. Walau dah renew, domain akan mengalami gangguan juga sehari dua.. Tetapi sebab dah biasa dengan GoDaddy, saya teruskan jua..

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy

Dengan GoDaddy, saya ada 4 domain berbayar. Ada yang renew setahun dan ada yang dua tahun sekali. Ada bagusnya bila guna domain berbayar, antaranya blog kita senang nak naik kat Google search. Bagus juga untuk SEO. Dengan menggunakan domain sendiri, blog kita lebih tinggi authoritinya.

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy

Tapi, dalam tempoh renew ni ada pula yang tak bestnya.. blog tak boleh diakses buat sementara waktu. Ini semua ada hikmahnya, agar saya dapat menguruskan lebih masa pada blog yang lain. Sebabnya blog tak dapat diakses???? A type dalam DNS setting domain saya hilang.. so, kena masukkan semula. Lihat gambar atas..

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy


Ada juga kesannya bila blog dah tak boleh diakses. Antaranya..

1) Pembaca setia blog saya (ada ke?) pasti akan tercari-cari atau pelik apa masalahnya yang berlaku, kan? Okay, saya dah explain kat tajuk tu ya.. renewal domain puncanya!

2) Pageview (PV) blog pasti jatuh merundum dan memberi impak kepada keseluruhan prestasi bagi bulan November ini. Rujuk gambar di bawah.. PV '0' ya.. (sedih..)

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy

1 Hari Blog Aynorablogs Tidak Boleh Diakses Kerana Renewal Domain GoDaddy

3) Income dari Adsense pasti jatuh merosot. Itu sudah pasti.. adsense yang masuk pun dari blog-blog yang lain

4) Jika ada Alexa pagerank, ia pasti mempengaruhi jugak.. pasti jatuh ratusan ribu...

5) Makan masa untuk membina semula kepercayaan kepada pembaca bahawa blog ini masih wujud. Kena kerja lebih keras untuk naikkan semula PV.

Bagi anda yang mengalami masalah macam saya, blog tak boleh diakses sebab renew domain.. jangan panik. Berikan ruang kepada diri anda untuk berehat dan tenangkan fikiran. Kalau adsense tak dapat income tu.. tak boleh eden nak nolong.. haha. Redha je..

Bila blog tak dapat diakses, dan dah dapat selesaikan sendiri.. bermakna kita kena berjaga-jaga. Ingat selalu, dan saya simpan dalam entri ni supaya dapat digunakan pada masalah yang sama akan datang, jika berlaku lagi. Haishh.. Lega dah, terima kasih kerana masih setia dengan aynorablogs.com.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.