Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/19

Yuran Pendaftaran Matrikulasi Selepas SPM

Masa Sesuai Memohon Matrikulasi Selepas SPM. Memasuki Matrikulasi selepas SPM adalah pilihan terbaik kepada pelajar yang layak. Semasa keluar keputusan percubaan SPM, anda sudah boleh memohon ke matrikulasi dan memilih bidang atau program yang anda minati.

Pelajar lepasan SPM ada 2 pilihan samada memasuki tingkatan 6 atau pergi ke kolej matrikulasi. Kalau saya diberi pilihan, saya akan memilih ke kolej matrikulasi. Pada ketika itu, kita dah nampak kecenderungan kita. Tak perlu belajar banyak subjek sebagaimana tingkatan 5. Tetapi ingat, pilihan di tangan anda. Tulisan ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja, yang pernah menduduki STPM dahulu..

Masa Sesuai Memohon Matrikulasi Selepas SPM


Seperti saya kata tadi, pelajar yang menduduki SPM tahun ini contohnya, sudah boleh mula memohon ke kolej matrikulasi melalui dalam internet. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Julai hingga 30 November tahun peperiksaan diambil. .Dah boleh pilih jurusan mana yang diminati.


Yuran Pendaftaran Ke Kolej Matrikulasi:

Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2017/2018 ialah seperti di bawah.

Masa Sesuai Memohon Matrikulasi Selepas SPM

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan 10% Kokurikulum.

Program Matrikulasi dijalankan di lima belas (15) buah kolej matrikulasi KPM dan dua (2) buah 
kolej Mara seperti berikut: 
  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor,Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Putih.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
  17. Kolej MARA Kulim, Kulim. 
Keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019 ialah pada 27 April 2017 (akan diupdate nanti..) iaitu tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2017 diumumkan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.