Header Ads

  • Breaking News

    Syamel AF Megastar Dan Seniman Menangis Juara Sebenar

    Syamel Seniman Menangis Anda Juara Yang Sebenar. Ini hanya pendapat peribadi saya yang terusik dengan nyanyian merdu Syamel dalam konsert akhir AF Megastar malam tadi. Dialah JUARA AF Megastar yang sebenar di hati kami. Saya tak join mana-mana team, tak sokong mana-mana bintang.. tapi Syamel memang telah memenangi hati kami. Sesungguhnya Syamel seorang penyanyi yang jujur, dia menyanyi tidak sombong dan mengalunkan lagu dengan suara gemersiknya. Memang sangat merdu dan mendamaikan. Nyanyian Syamel begitu ikhlas.

    Syamel Dan Seniman Menangis Juara Yang Sebenar AF Megastar

    Syamel Dan Seniman Menangis Juara Yang Sebenar AF Megastar

    Namun saya percaya, lagu Seniman Menangis telah disampaikan oleh Syamel dengan amat baik sekali. Sebab itu komen juri tetap Dato' Ramli MS kata Syamel tak payah masuk pertandingan lagi. Sebab dia nampak bakat besar Syamel hinggakan dia target dalam umur 30 tahun Syamel dah boleh buat konsert solonya sendiri!!

    Sebenarnya kat situ dia dah menang.. sebuah harapan dan masa depan yang dibayangkan oleh seorang pengarah muzik yang disegani itu..

    Syamel Seniman Menangis Anda Juara Yang Sebenar


    Jom hayati lagu dan lirik sebenar Seniman Menangis yang dinyanyikan oleh Syamel pada akhir AF Megastar.

    Lirik Lagu Seniman Menangis Oleh Jamal Abdillah Cover By Syamel

    Gambar hiasan
    Malam ini akulah seniman
    Setelah kita putuskan tunangan
    Tiada kawan yang dapat meneka
    Ku berduka...

    Ku berikan majlis bergembira
    Ku tertawa, minum dan berdansa
    Hingga diri yang sedang berduka
    Tak percaya...

    Aku tersenyum ku tersenyum
    Dan berdansa... ha...
    Ku berdansa ku berdansa
    Bagai nak gila...

    Ku ikut tertawa bersama
    Kawan dinda... ha...
    Tapi engkau tahu ku hanya berpura
    Tapi dinda

    Bila kawan ku pulang
    Seniman ini duduk keseorangan
    Hampa hiba mengenangkan dirimu
    Oh dinda...

    Tapi dinda
    Apabila tabir ditutup oh...
    Lampu-lampu gelap-gelita
    Ku keseorangan...
    Kalau kau berada...
    dibelakang tabir menyaksikan
    Kau akan melihatSeniman ini Menangis...

    Video Lagu Seniman Menangis


    Jangan kan Syamel yang menangis, saya pun ikut menangis masa dia nyanyikan lagu tu. Bukan sekadar seniman.. kita yang orang biasa pun ada mengalami peristiwa macam tu.. kat depan orang kita bahagia. Di belakang tak siapa yang tahu..

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad