Header Ads

  • Breaking News

    Simpanan Shariah KWSP, Sudahkah anda Mendaftar?

    Simpanan Shariah KWSP, Sudahkah anda Mendaftar? KWSP kini mempunyai pilihan kepada ahlinya untuk membuat simpanan berdasarkan prinsip konvensional ataupun shariah. Tarikh akhir pendaftran prinsip shariah adalah pada 24 Disember 2017. Untuk yang belum tahu, pendaftaran simpanan shariah hanya boleh dibuat di kaunter KWSP sahaja. Proses berkaitan caruman sedia ada kekal dan majikan tidak perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan bagi pekerja yang memilih Simpanan Shariah. So, jangan risau.. majikan mencarum macam biasa.
    Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional. 
    Jika anda nak buat pengeluaran dari KWSP simpanan shariah, kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Syariah yang diluluskan oleh KWSP. Anda boleh rujuk website KWSP untuk merujuk dana patuh syariah yang boleh disertai.

    Simpanan Shariah KWSP, Sudahkah anda Mendaftar?

    Simpanan Shariah KWSP, Sudahkah anda Mendaftar?


    Daftar sebelum 24 Disember 2017 untuk Simpanan Shariah 2018 di mana-mana cawangan KWSP.

    Ciri-ciri Utama Simpanan Shariah


    1. Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah

    2. Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah

    3. Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)

    4. Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

    Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.


    Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon simpanan Shariah?


    1. MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)

    2. Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli

    3. Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan

    Urusan Pengeluaran KWSP Simpanan Shariah


    1. Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan wang pengeluaran saya daripada Simpanan Shariah untuk membayar pinjaman perumahan konvensional atau terhad kepada pinjaman perumahan Islamik sahaja?

    Ya, ahli dibenarkan untuk menggunakan wang pengeluaran untuk pembiayaan pinjaman perumahan konvensional dan Islamik; tertakluk kepada syarat pengeluaran perumahan yang berkuat kuasa.

    2. Adakah terdapat sebarang perubahan terhadap pemindahan wang di bawah pengeluaran Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) atau yang sedia ada?

    Ahli masih tertakluk kepada proses pemindahan wang di bawah pengeluaran Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) yang berkuat kuasa. Tetapi, bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah ahli hanya dibenarkan melabur dalam dana patuh Syariah yang diluluskan oleh KWSP.

    3. Adakah dana-dana amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) termasuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) patuh Syariah? Adakah ahli Simpanan Shariah dibenarkan membuat pelaburan di dalam dana amanah yang diuruskan oleh ASNB?

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 telah memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Ahli Simpanan Shariah boleh merujuk kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan penasihat Syariah yang dilantik oleh IPD bagi mendapatkan penjelasan mengenai pematuhan Syariah mana-mana dana patuh Syariah yang tersenarai. Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP tidak akan memberi sebarang perakuan ke atas mana-mana dana patuh Syariah yang tersenarai.

    4. Adakah ahli Simpanan Shariah dibenarkan membuat pengeluaran kesihatan bagi tujuan pembayaran kepada Rumah Penjagaan yang dikendalikan oleh bukan Islam?

    Ya, ahli Simpanan Shariah dibenarkan membuat pengeluaran kesihatan bagi tujuan tersebut dan ianya tidak bertentangan dengan Syariah. 

    Semoga bermanfaat. 

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad