Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/16

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Malaysia

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Malaysia. Pelajar tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan SPM mulai awal November 2017. Namun mulai 1 Julai hingga 30 November mereka sudah boleh memohon Kolej Matrikulasi yang menjadi pilihan. Dah boleh pilih jurusan mana yang diminati.

Seperti saya kata tadi, permohonan hanya boleh dibuat menggunakan PMI (Permohonan Melalui Internet) dengan membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional(BSN) sebanyak RM10.00 (tidak termasuk GST).

PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November tahun pemohon menduduki SPM.

Antara program yang ditawarkan adalah:

Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua (2) semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat (4) semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

Bidang pengkuhususan yang ditawarkan adalah, Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan DAN Aliran Teknikal

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Malaysia


Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Malaysia

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Malaysia

Senarai Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Malaysia


Senarai kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan MaLaysia (KPM) di atas sebagai rujukan jika anda berminat menyertai kolej tersebut selepas SPM nanti.

Sila dapatkan nasihat dari guru anda untuk mengisi jurusan yang sesuai dengan minat dan keputusan anda. Walau mohon awal, anda boleh adjust jurusan apabila dapat keputusan SPM sebenar sekitar bulan Mac tahun hadapan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.