Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/01

Semua Akan Indah Pada Akhirnya

Semua Akan Indah Pada Akhirnya. Pernahkah anda terfikir tentang bertemu dengan seseorang kemudian anda bergaduh tak sehaluan. Pernahkah anda bertemu "mr right" tetapi ia langsung tak tepat dengan anda. Ada tak anda kenal seseorang tak sengaja tetapi dialah yang menemani susah senang anda? Pelik kan? Tak kisahlah samada teman lelaki, kawan wanita, rakan sekerja dan sebagainya. Ada pertemuan pasti ada perpisahan. Mengapa bertemu tetapi untuk berpisah? Mengapa ada perkenalan tetapi akhirnya seorang ke timur dan seorang ke selatan.

Begitulah peraturan alam. Begitulah putaran alam.

Ada sedih, ketawa, ceria, gundah gulana. Semuanya tak kekal lama. Kenapa semua berlaku dalam kehidupan manusia? Tak boleh ke ceria ketawa saja? Inilah pelajaran dan pengajaran dalam kehidupan. Nak ketawa kita kena bersusah sedih menangis dahulu. Barulah kita tahu harga nilai tawa dan canda yang dirasai. Semuanya bukan percuma.

Semua akan indah pada akhirnya

Begitu pula, tak selamanya langit itu cerah. Ada awan mendung, hujam gerimis, guruh dan halilintar yang menyelubungi. Bukankah itu semua satu proses untuk menguatkan jiwa agar kita terus tabah melangkah?

Tetapi percayalah, semua akan indah pada akhirnya!😊😊😊

Semua Akan Indah Pada Akhirnya


Memang pada mulanya suasana suram. Pada awalnya anda akan kesedihan. Orang yang kita sayang tidak lagi menjadi teman sejiwa. Orang yang kita kasihi pergi jauh membawa hati. Ada yang kecewa kerana cinta.. itu biasa.

Ada yang membawa hati kerana berkecil hati akibat salah faham. Itu pun kita redah.

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah? Mengapa setelah serasi bersama.. Allah jauhkan seseorang daripada kita? Kenapa Allah pun jauh dan jarakkan kita antara adik beradik?

Semuanya ada jawapan. Semuanya telah ditakdirkan. Semuanya kerana ada hikmah yang tersembunyi.

Allah mahu kita berdikari. Allah mahu kita belajar untuk mengenal potensi diri. Allah sayangkan kita. Dia jauhkan sesorang kerana bersebab. Ada sebab musabab yang Dia tunjukkan dan ada juga hikmah yang Allah sembunyikan. Dia Maha mengetahui yang nyata dan tersembunyi.

Allah pisahkan kita daripada rakan baik supaya kita belajar menghargai dan belajar erti rindu yang ikhlas.

Tetapi pada akhirnya, Allah nak kan yang indah-indah dalam hidup kita kerana perpisahan dan kejauhan yang telah diuji. Semua akan indah pada akhirnya. Tidak ada yang sedih berpanjangan kerana Allah berikan sesuatu mengikut keperluan kita.

Cuma kita yang terlalu cepat tersalah sangka. Hanya kita yang tidak sabar. Cuma kita yang terlupa bersyukur walau diuji. Orang yang bersyukur ketika diuji adalah insan yang bertaqwa.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.