Header Ads

  • Breaking News

    Resepi Singgang Ikan Selar Kuning Untuk Wanita Berpantang

    Resepi Singgang Ikan Selar Kuning Untuk Wanita Berpantang. Satu lagi resepi simple yang sesuai untuk wanita dalam pantang. Bahan-bahan yang digunakan pun memang simple dan mudah. Suami boleh bantu isteri mendapat makanan yang sesuai kerana cara memasaknya yang simple.

    Ada banyak jenis ikan yang boleh di masak singgang seperti ikan selar, ikan merah, ikan kerapu, ikan tenggiri, dan banyak lagi. Ikan bawal putih pun sedap buat singgang. Senang cerita, ikan berdaging putih bagus untuk dijadikan menu dalam masakan wanita yang sedang berpantang.

    Menu berpantang di atas juga sesuai untuk mereka yang mengalami luka pembedahan, untuk kanak-kanak yang berkhatan dan sebagainya.

    Resepi Singgang Ikan Selar Kuning Untuk Wanita Berpantang


    Bahan-bahan:

    5 ekor ikan selar kuning
    1 inci Lengkuas - tumbuk
    1 inci Kunyit hidup - ditumbuk
    1 ulas bawang putih - ditumbuk
    1 keping asam keping - ditumbuk
    2 biji cili padi - diketuk.. (jika suka pedas)
    Garam sedikit
    Daun kunyit - koyak kasar

    Cara masak ikan selar kuning singgang yang simple


    1. Bahan yang telah ditumbuk seperti kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping masukkan ke dalam periuk yang berisi air.

    2. Biarkan mendidih. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun.

    3. Bila sudah didih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan selar kuning anda. Perasakan dengan garam

    4. Angkat apabila ikan sudah masak

    Gambar hiasan
    Boleh juga menggunakan ikan tongkol untuk memasak singgang ikan. Tetapi untuk ibu berpantang, ikan tongkol ini dikatakan gatal. Jadi gunakan sahaja ikan selar/kembung atau tenggiri.

    Nota; 
    Kunyit, lengkuas dan bawang putih nak tumbuk atau hiris-hiris pun boleh.

    Selamat mencuba. Kalau anda tak ada idea masak tengahari nanti, boleh juga buat pindang atau singgang ikan selar kuning ini. Memang segar rasanya..

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad