Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/26

Resepi Siakap Stim Ala Nyonya

Resepi Siakap Stim Ala Nyonya. Siakap stim dan masak 3 rasa memang antara menu kegemaran kami sekeluarga. Tapi si kecil suka siakap 3 rasa sementara abangnya suka siakap stim lemon. Kami pula tak kisah, semua pun telan. Yang penting kalau dah order mesti kena habiskan. Tak mahu membazir. Menu siakap kami biasa dipadankan dengan kailan goreng biasa, sotong goreng tepung dan juga puyuh sambal pedas giler.. haha. Tak cuba tak tahu, sedap sangat puyuh goreng sambal tu. Oh ya, dalam entri resepi kali ni saya nak kongsi resepi siakap juga tapi siakap stim ala nyonya. Resepi nampak ringkas tetapi yang penting siakap stim nyonya ni adalah satu resepi yang sihat.

Resepi Siakap Stim Ala Nyonya

Siapa yang sedang dalam proses diet sihat, anda boleh je sediakan siakap stim ala nyonya. Cara masak pun kukus mengukus. Apalagi?? Jom tengok resepinya kat bawah.

Resepi Siakap Stim Ala Nyonya


Siakap stim ala Nyonya ni semua bahan dikisar dan dijadikan sos. Aroma serai dan halia membuatkan ikan siakap stim atau kukus ni lain dari ikan kukus lemon yang biasa saya buat. Kalau stim lemon semua bahan saya hiris kasar. Tapi dengan stim nyonya, semua bahan dikisar. Hmm.. tak sabar nak cuba ke?

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana
2-3 inci halia *
2-3 batang serai *
1 inci kunyit *
1 ulas bawang putih *
1/2 labu bawang besar *
5 biji cili padi *
3 tangkai cili hidup merah *
2 sudu besar minyak
sayuran - bendi, tomato @ terung, nenas
sedikit garam, gula secukup rasa dan aji jika suka

Cara menyediakan siakap stim ala nyonya


1. Rendam ikan dengan air asam jawa sekejap, kemudian bersih dan toskan.

2. Panaskan pengukus dengan air mendidih, masukkan ikan dalam pingan atau bekas yang sesuai dan kukus hingga masak, dalam 13-15 minit atau bergantung pada saiz ikan.

3. Sementara itu, kisar lumat semua bahan bertanda * dengan sedikit air.

4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sekejap, masukkan sedikit air (jangan banyak ye, sebab kuah ni pekat gitu), masak biar mendidih lama sikit.

4. Masukkan semua jenis sayur dan perasa secukup rasa, masak sekejap lagi sekadar sayur layu sikit je, kemudian tuang atas ikan yang telah dikukus tadi.

5. Boleh la dihidang bersama nasi putih

Selamat mencuba. Resepi ikan siakap stim ala nyonya ni asalnya saya salin dari blog Ilham Dapur tetapi ada ubah suai sikit ikut citarasa tekak saya dan keluarga. Yang penting rasanya masih sedap...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.